Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal. | Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat. | Lain-lain | 31.12.2010 |
Penggunaan memek muka dapat membantu keberkesanan komunikasi. Memek muka, mimik muka atau ada perkataan lain? | Memek muka ialah kerut muka seseorang kerana sesuatu perasaan sama ada hendak menangis, risau, geli hati dan sebagainya. Menurut rujukan kami, tiada perkataan lain selain memek muka. | Lain-lain | 19.01.2009 |
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna Wajah | Menurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajah | Makna | 15.11.2015 |
Yang manakah simpulan bahasa yang betul? (a) manis muka (b) muka manis | Simpulan bahasa muka manis bermaksud rupa muka yg menarik. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
Selamat sejahtera. Yang mana satukah betul, terima kasih. 1. cari jawapan di / pada muka surat 2. muka surat lapan / kelapan 3. muka surat lima belas / kelima belas | Kata sendi nama yang betul ialah pada, ...pada muka surat lapan... dan ...pada muka surat 15.... | Tatabahasa | 08.01.2014 |
Dalam Kamus Dewan edisi ke-empat, perkataan "dominasi" boleh dicari dalam muka surat ke-berapa? Muka surat diperlukan untuk dimuatkan dalam nota kaki. Terima kasih. | Muka surat 361 | Lain-lain | 23.10.2014 |
Tuan, soal tentang bentuk yang betul antara "muka surat 159" atau "muka surat ke-159" dengan "tingkat sembilan" atau "tingkatan kesembilan" telah saya isikan dalam WordPad. Mohon tuan mendalilkan soal ini. Terima kasih tuan. | Penggunaan yang betul ialah muka surat 159 dan tingkat sembilan. | Tatabahasa | 19.11.2016 |
Apakah perbezaan halaman dengan muka surat | Halaman dan muka surat kedua-duanya membawa maksud yang sama,iaitu halaman (buku)/muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. | Lain-lain | 08.10.2010 |
"Double sided tape" dalam bahasa Malaysia ialah "pita pelekat dua muka" atau boleh hanya menggunakan "pelekat dua muka"? Bagi "double sided foam tape" pula apakah perkataan BM yang digunakan? | Padanannya ialah pita dua muka dan pita busa dua muka. | Istilah | 04.02.2009 |
"...muka hadapan akhbar Sinar Harian." atau "...muka depan akhbar Sinar Harian." atau kedua-duanya betul dan tepat? | Salam saudara, Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu muka depan dan muka hadapan adalah betul dan boleh digunakan. | Makna | 09.10.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| muka (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,
2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior, Berantonim dengan belakang
| Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka, |
|
Puisi |
---|
|
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 306 Let bygones be bygones Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones. Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|