Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mengandungi maklumat atau mengandung maklumat? | Mengandung bermaksud membawa 1. sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Oleh itu, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
menurut kamus tatabahasa, 'banyak' perlu dibubuh di depan kata kerja. oleh itu, 1) Susu banyak mengandungi khasiat. dan 2) Susu mengandungi khasiat yang banyak. adalah ayat yang betul? Menurut hukum D-M pula, 1) Susu mengandungi banyak khasiat. Jadi, ayat manakah yang betul? Atau semua ayat tersebut boleh diterima? Terima kasih. | Banyak perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama. Ayat - Susu banyak mengandungi khasiat - betul, iaitu banyak + Frasa Nama. Ayat 2 - Susu mengandungi khasiat yang banyak, juga betul (bentuk pasif). Ayat 3 - Susu mengandungi banyak khasiat, tidak betul mengandungi merupakan Kata Kerja Transitif, oleh itu perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama sedangkan banyak merupakan Kata Adjektif. | Tatabahasa | 11.07.2008 |
Salam sejahtera. Saya ingin tanya: Buah-buahan mengandungi banyak zat atau buah-buahan banyak mengandungi zat? Terima kasih | Buah-buahan mengandungi banyak zat / buah-buahan banyak mengandungi zat, kedua-duanya betul. Perkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
saya ingin tahu yang mana betul serta fungsinya: i. 'diperoleh' atau 'diperolehi' ii. 'mengandung' atau 'mengandungi' | Kata terbitan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper-... menjadi diperoleh. Mengandung bermakdu membawa sesuatu atau hami. Mengandungi sama dengan mengandungi, iaitu berisi atau memuat seperti Bunga yang mengandung/mengandungi racun.
| Tatabahasa | 15.02.2012 |
1) Susu mengandungi banyak khasiat. ATAU 2) Susu banyak mengandungi khasiat. Terima kasih. | Mengikut struktur ayat dan Hukum D-M, menunjukkan ayat pertama betul, iaitu Susu mengandungi banyak khasiat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 16 dan Bab 17. | Tatabahasa | 10.07.2008 |
'Buah-buahan yang segar mengandungi banyak vitamin.' 'Buah-buahan yang segar banyak mengandungi vitamin.' Ayat di atas, yang manakah betul? | Buah-buahan yang segar mengandungi banyak vitamin, Kata banyak dalam ayat ini ialah kata bilangan. | Tatabahasa | 13.01.2008 |
perkataan 'mengandung' atau 'mengandungi', mana satu yang betul? cthnya: "kertas soalan ini mengandungi/mengandung tiga halaman bercetak."harap mendapat penjelasan. terimakasih | Mengandung bermaksud membawa sesuatu dalam saku dll, hamil. Mengandung sama penggunaan dengan mengandungi untuk maksud berisi, memuat. | Tatabahasa | 19.01.2007 |
Salam sejahtera tuan / puan, Saya mendapat satu maklumat bahawa perkataan 'mengandungi' tidak boleh diguna pakai dalam penulisan bahasa melayu lagi. Contoh: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. (SALAH) Kertas soalan ini mengandung 40 soalan. (BETUL) Saya ingin memastikan bahawa maklumat ini tepat atau sebaliknya. Saya berharap agar pihak tuan dapat menguraikan persoalan ini. Sekian dan terima kasih. Sylnie (Sarawak) | Saudara, Perkataan 'mengandungi' masih digunakan untuk membawa maksud terdapat atau termuat di dalam sesuatu. Oleh itu, ayat 'Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan' betul. | Tatabahasa | 03.07.2010 |
Ayat yang mengandungi pelengkap tak langsung ialah A.saya amengarang sebuah sajak. B.Saya mengarangkan sebuah sajak. C.Sajak utu saya karang sendiri D.Sajak itu dikarang oleh Ali mana satukah jawapannya? apakah yang dimaksudkan pelengkap tak langsung ? terima kasih | Yang betul ialah saya mengarangkan sebuah sajak. Sajak itu saya karang sendiri. Sajak itu dikarang oleh Ali. Pelengkap terdapat pada ayat dengan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Tapi unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Frasa pelengkap tak langsung tidak terdapat dalam konteks ayat tak transitif. Mungkin apa yang saudara maksudkan ialah objek tepat dan objek sipi dalam konteks ayat transitif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 385. | Tatabahasa | 22.04.2008 |
Penggunaan (banyak) dalam ayat no.1 dan 2 yang mana satu betul ? Mengapa ? 1.Sayur-sayuran (banyak) mengandungi vitamin C. 2.Sayur-sayuran mengandungi ( banyak ) vitamin C. Penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut yang mana satu betul ? Mengapa? 3. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia. 4. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. 5. Usman Awang adalah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 6.Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 7. Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. 8. Mengedar dadah adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. | Ayat yang betul ialah: 1. Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin C. - yang banyak ialah vitamin C, bukan mengandungi 2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama 3. Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama 4. Mengedar dadah adalah salah di sisi undang-undang. - kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif | Tatabahasa | 05.05.2011 |