Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQ | Luntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut. | Makna | 07.02.2012 |
saya ingin mengetahui erti peribahasa di bawah: 1. jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri 2. jangan suka mengata orang 3. mulut murai 4. seseorang yang suka mengata orang | 1. menjaga tepi kain orang - kiasan yang bermaksud mengambil tahu hal orang lain; 2. jangan suka mengata orang - bukan peribahasa 3. mulut murai - simpulan bahasa bermaksud orang yg sangat suka bercakap-cakap 4. seseorang yang suka mengata orang - bukan peribahasa | Lain-lain | 09.10.2008 |
Assalamualaikum.... Saya ialah seorang pelajar STPM yang mengambil subjek Bahasa Melayu. Saya ingin tahu tentang penggunaan 'bahasa percakapan' (bp). Bolehkah perkataan daripada bp digunakan untuk membuat karangan Bahasa Melayu? Ini kerana, bp tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Adakah ini bermaksud membina karangan juga termasuk dalam urusan rasmi? Contohnya, perkataan 'bajet' ialah bp dan perkataan ini tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Oleh itu, perkataan 'bajet' perlu digantikan dengan perkataan 'belanjawan'. Adakah pengggunaan kata 'bajet' dalam karangan dikira sebagai kesalahan bahasa? | Dalam situasi rasmi (termasuklah untuk tujuan peperiksaan) bahasa percakapan tidak digunakan, yang digunakan hanyalah bahasa yang baku, betul dan santun. Dalam Kamus Dewan, kata bajet ditanda sebagai bahasa percapakan, oleh itu penggunaannya hendaklah digantikan dengan kata belanjawan untuk konteks rasmi. | Lain-lain | 27.06.2008 |
Anak saya akan mengambil peperiksaan UPSR tahun depan. Dia amat lemah dalam Kertas 2 BM yang mengandungi Nilai Murni. Saya ingin tahu samada wujud satu senarai nilai murni yang akan diuji dalam UPSR. Jika ada, saya amat memerlukannya supaya anak saya boleh mempelajarinya secara efektif. Terima kasih. | Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini: 1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melalui pendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995 | Lain-lain | 07.11.2010 |
Sebagai pendidik, saya sedang membuat satu program tentang kata kerja BM, bolehkah saya tahu tentang sekiranya saya ingin mengajar kata kerja, patut saya guna imbuhan bagi sesuatu kata kerja? Contohnya: - baca atau membaca? - ambil atau mengambil? my target audience is children of age of 3-9 | Dalam bahasa Melayu ada empat golongan kata termasuklah kata kerja. Apabila menyenaraikan kata kerja tidak perlu digunakan imbuhan, tetapi apabila menerangkan perbuatan berdasarkan konteks penggunaannya perlulah digunakan imbuhan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 05.06.2012 |
saya nak tahu tentang kerja Pekerja Am Khas | Sdr Fairuz, Sebenarnya tidak ada jawatan Pekerja Am Khas di DBP. Jawatan yang gelarannya hampir sama dengannya ialah Pembantu Am Pejabat (PAP), Pekerja Awam (PA) dan Pekerja Awam Khas (PAK). Bagi jawatan PAP, tugasannya merangkumi kerja-kerja pengambilan, penerimaan dan mengedaran surat/barangan dalam pejabat, menerima/menyambut tetamu di kaunter, merekod surat/dokumen yang diteima/dihantar dan membantu dalam urusan pejabat yang lain. Bagi jawatan PA dan PAK, kerjanya hampir sama iaitu membuat kerja-kerja rencam termasuklah mengemas/menyusun kerusi meja di bilik mesyuarat/bilik seminar, membawa/mengambil peralatan pejabat, membuat kerja-kerja pembaikan kecil dan kerja-kerja rencam yang lain. Cuma PAK mempunyai tugasan tambahan iaitu menyelia kerja yang dibuat oleh PA. | Lain-lain | 08.02.2008 |
salam...tahun lepas saya ada hantar manuskrip untuk peraduan penulisan ilmiah,,,saya hanya ingin tahu,,adakah keputusan telah keluar? | Assalamualaikum, Terima kasih kerana saudara telah mengambil bahagian dalam pertandingan Hadiah Karya Ilmiah Tahun 2009. Untuk makluman saudara, sehingga kini Urus Setia yang menangani pertandingan ini sedang menguruskan proses penilaian awal bahan yang diterima, kemudian akan mengemukakannya pula kepada Panel Pakar Penilai yang dilantik untuk dibuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan. Harap bersabar, Urus Setia akan memaklumkan keputusan ini kepada saudara dalam tahun ini juga. Semoga saya menjawab pertanyaan saudara ini. Terima kasih | Lain-lain | 06.02.2010 |
Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi. | Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih. dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan; memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; | Makna | 02.09.2009 |
salam....saya nak bertaya pandangan pihak DBP mengenai tugasan asgment saya...apakah pandangan pihak tuan jika Kementerian Pendidikan mengarahkan guru b.melayu mengajar dalam bahasa inggeris.... | Terlebih dahuli saya ingin tahu sama ada kerjaya sdr guru (pendidik)? Jika kerjaya sdr guru sudah tentu sdr mendapat pendidikan yang sempurna dalam bidang tersebut. Contoh pedagogi pendidikan, kaedah mengajar, kaedah belajar, motivasi, pembelajaran aktif, pembelajaran pasif, pengajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan guru. Bagaimana impak teknologi dalam pendidikan. Di mana pertemuan antara pedagogi dengan teknologi (ICT). Pedagogi pendidikan menggunakan ICT dan banyak lagi teori-teori pendidikan yang perlu dikuasai oleh guru sebelum menjadi guru yang berjaya. Jika guru menguasai pedagogi pendidikan sudah tentu ia boleh mengajar bidang apa sahaja yang diarahkan dengan syarat mereka menguasai bidang tersebut. Tidak semestinya guru Bahasa Melayu hanya meguasai bidang Bahasa Melayu sahaja. Sistem pembelajaran kita juga memerlukan murid mengambil beberapa subjek yang telah ditetapkan dan perlu lulus dalam subjek tersebut. Mustahil seorang guru hanya mempelajari Bahasa Melayu sahaja sepanjang pembelajarannya di alam persekolahan. Oleh itu sepatutnya tiada masalah guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Inggeris. Guru yang tidak menguasai Bahasa Inggeris sepatutnya belajar menguasai bahasa tersebut. Bermakna guru sekarang ini perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Guru juga perlu aktif saperti juga bagaimana kita harap murid aktif belajar. | Lain-lain | 18.03.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| tahu (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,
3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing, Berantonim dengan membiarkan
| Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan, |
|
|