Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastian | Merujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
MAKNA MARAH | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka. | Makna | 19.10.2007 |
Guru itu tidak disukai oleh pelajarnya kerana dia seorang yang pelekas/pelekas marah. dalam kamus dewan, pelekas ialah orang yg lekas marah. jadi untuk kata pelekas perlu ke letak pelekas marah atau pelekas sudah cukup? selain marah, apa lagi kata yang boleh digunakan utk menggambarkan pelekas? tq | Pelekas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang yg lekas (marah, merajuk dll). Lekas ialah dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
CARIAN MAKNA MARAH, MERADANG | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka | Makna | 19.10.2007 |
'Kakak berasa marah kerana adik (mengoyak / mengoyakkan) bukunya. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih. | Saudara, Ayat yang betul ialah 'Kakak berasa marah kerana adik mengoyakkan bukunya. | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Tuan, Soalan 1. Bukankah kata adjektif perasaan seperti cinta, marah perlu diikuti oleh kata "akan". Dalam T/B Dewan m/s 232, saya dapati ayat 83, Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya dan ayat 84, Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Soalan ke-2 T/B dewan m/s 201 mengelompokkan kata bertangisan sebagai perbuatan antara dua pihak atau bersalingan. Bukakah lebih sesuai sebagai perbuatan berulangan, berterusan atau berpanjangan? Harap tuan dapat jelaskan. Soalan ke-3 Adakah kini penggunaan "ia" boleh merujuk kepada benda/perkara? Terima kasih. | 1. Kedua-dua ayat itu betul kerana Kata Adjektif tidak dapat diikuti Kata Nama, maka Kata Sendi Nama hadir selepas kata Adjektif bagi menghasilkan ayat yang gramatis. 2. Merujuk Kamus Dewan bertangisan bermaksud saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan. Oleh itu, maksud ini selaras dengan pengelompokan dalam buku Tatabahasa Dewan. 3. Ia, boleh merujuk kepada benda/perkara yang dibicarakan. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
tuan mukanya tiba-tina berubah menjadi merah padam apabila tembelangnya diketahui orang. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ) | Merah padam biasanya dikaitkan dengan warna muka ketika marah, sedangkan situasi ayat tersebut tidak menunjukkan rasa marah. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
tuan, harap tuan tidak marah dengan persoalan saya. Saya sedang mencari istilah yg terbaik utk bangunan saya. Apa kata kalau saya letak Nama ANJUNG menggantikan WISMA? | Anjung ialah bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yang lantainya ditinggikan. Wisma pula ialah satu blok bangunan perdagangan atau perusahaan, Wisma merangkumi pembanguanan komprehensif dalam deretan lot rumah kedai /kedai pejabat (pembangunan melibatkan tiga lot sedia ada dan lebih). Untuk lebih lanjut, saudara boleh merujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengenal pasti kriteria bangunan yang sesuai untuk dinamakan berdasarkan ciri-ciri fizikal yang telah ditetapkan oleh PBT. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Dia tidak akan menjadi begitu marah jika tidak ada orang (menggosok/menggosok-gosok)nya. | Jawapan yang tepat ialah menggosok-gosok. | Tatabahasa | 23.08.2013 |
apa makna amarah dan mazmumah ? | Amarah ialah marah, mazmumah pula ialah sifat keji,cela,hina. | Makna | 26.01.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| marah (kata kerja) | Bersinonim dengan murka, meradang, memberang, gusar, bengis, bengkeng, berangsang, memberangsang,
menyerangsang, jengkel, menyebat, mendidih, menyirap, meredap, merengus, mengamuk, panas hati,
sakit hati, terbakar naik geram, naik angin, naik darah, naik hantu, naik minyak, naik palak,
naik panas, naik setum, naik seh, hangus hati, hangus dada, tersirap hati, merah telinga,
menepuk dada, bermengkal hati, menyangkak hati, jaki, murih, sengiang, mengambek, merampang,
mendongkol, palak, meranyuk;, | | Kata Terbitan : memarahi, memarahkan, kemarahan, pemarah, |
|
Puisi |
---|
|
Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.
Lihat selanjutnya... |
|