Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kompleks membeli-belah atau kompleks beli-belah. Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah. Apa maksud sebenar perkataan "beli-belah".? | Yang betulialah kompleks beli-belah, beli-belah bermaksud membeli berbagai-bagai jenis barang. | Tatabahasa | 14.10.2008 |
"Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau "Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau kedua-duanya sekali boleh digunakan? | Perkataan pejabat tidak perlu diulang kerana perkataan 'kompleks' telah membawa makna 'kumpulan' atau 'banyak'. Perkataan yang betul ialah Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta. | Tatabahasa | 22.01.2011 |
apakah maksud perkataan reduk sionis? | Reduksionis bermaksud penyokong reduksionisme. Reduksionisme pula bermaksud 1. mencerakin data yg kompleks menjadi juzuk yang kurang kompleks; 2. teori yang menyatakan bahawa idea, sistem, dan lain-lain yang kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yang kurang kompleks. | Makna | 09.04.2007 |
manakah ayat yang betul.. 1. saya menyarankan agar dibina kompleks pelajar 2. saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina soalan 2 1. di masa hadapan 2. pada masa hadapan | 1. Saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina. 2. pada masa hadapan. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Makna ayat kompleks serta contohnya | Menurut Kamus Dewan, ayat ialah satu perkataan atau (lebih kerap lagi) atau serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat. Ayat juga ditakrifkan sebagai beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat ini, saudara boleh membuat rujukan pada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Bab 16. Terima kasih. | Lain-lain | 04.03.2007 |
komplek sukan atau kompleks sukan | Ejaan yang betul ialah kompleks sukan. | Ejaan | 27.09.2011 |
ejaan sebenar bagi "komplek" atau "kompleks" | Ejaan yang betul ialah kompleks. | Ejaan | 30.01.2009 |
apakah itu kata mudah dan apakah itu kata kompleks? | Mudah ialah senang/tidak sukar, manakala kompleks pula ialah rumit,sulit(tidak mudah atau jelas). Keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 19.01.2010 |
1. Apakah perbezaan antara kompleks dengan komplek? 2. Sila jelaskan perbezaan menjatuhi dengan menjatuhkan Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah kompleks, tidak ada perkataan komplek dalam bahasa Melayu. Perbezaan kedua-dua perkataan tersebut boleh dilihat dalam ayat contoh yang berikut: Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara selama enam tahun dan Hakim menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun ke atas pesalah itu. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
saya ingin pewajaran pihak tuan/puan tentang imbuhan awalan memper- dalam bahasa melayu. seperti yang kita tahu, imbuhan awalan adalah terdiri daripada meN-,beR-,peN- dan sebagainya. iaitu imbuhan yang diawal atau didepan kata dasar. walau bagaimanapun, dalam bahasa melayu muncul imbuhan kompleks atau asmah menamakannya sebagai imbuhan pembahagi. imbuhan ini dalam sesetengah buku memberi contoh seperti men-kan, men-i, ber-kan,ke-an dan sebagainya.jika dilihat ia seakan-akan imbuhan apitan. dalam hal ini, yang menimbulkan masalahnya ialah berkenaan imbuhan kompleks. berdasarkan makluman yang saya ada, imbuhan kompleks adalah sejenis imbuhan yang terdiri daripada dua dan atau tiga imbuhan yang berlaku secara berperingkat. contohnya imbuhan memper- dilihat sebagai salah satu bentuk imbuhan kompleks tetapi tidak dinyatakan oleh penahu sebagai bentuk yang kompleks. sedangkan ia mempunyai ciri-ciri imbuhan yang kompleks. berdasarkan senario tatabahasa ini, saya ingin bertanya mengenai imbuhan beR- yang mempunyai variasi iaitu berke-an, berseke-an, berpen- dan banyak lagi yang merujuk kepada (berkemahiran, bersekedudukan, berpendapat). imbuhan beR- ini berdasarkan pendapat saya adalah kompleks. oleh itu saya amat mengharapkan pewajaran dari pihak yang berkenaan mengenai masalah ini iaitu tentang imbuhan memper- dengan ber- yang mempunyai bentuk yang kompleks.dan apakah yang membezakan kedua-dua jenis imbuhan ini? | Imbuhan BeR- membentuk kata kerja. Perkataan yg menerima awalan ini menjadi kata kerja yg bersifat tidak transitif sama ada yg memerlukan pelengkap atau yg tidak memerlukan pelengkap. Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan beR- yakni beR- yg digabungkan dengan semua kata dasar (Rujuk dalam TataBahasa Dewan hlm 161-hlm 176). Manakala awalan mempeR- juga pembentuk kata kerja yg wujud hanya dalam satu bentuk. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan peR. Namun demikian, dalam ayat aktif peR- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi dipeR-dalam ayat pasif (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan hlm 177- 183) Terima kasih. | Tatabahasa | 16.09.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| kompleks | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan rumit ( sulit, sukar, kusut, celaru, ruwat, ruwet, sukar, payah, ) (adjektif:) Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan bangunan ( gedung, hotel, istana, puri, kondominium, flat, mahligai, pangsapuri,
vila, wisma, ) (kata nama:)
3. Dalam konteks psikologi bersinonim dengan rasa bangga diri, rasa rendah diri, perasaan tidak yakin, obsesi, mania,
fobia., (kata nama:)
|
|
|