Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Kemampuan di tahap sederhana (above average). Soalan: Ayat dalam kurungan mesti huruf besar ataupun huruf kecil? a) Kemampuan di tahap sederhana (above average). b) Kemampuan di tahap sederhana (Above average). | Ejaan yang betul ialah "Kemampuan pada tahap sederhana (above average)". | Ejaan | 04.10.2011 |
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tk | Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya kepada@pada kemampuan dan matlamat mereka. | Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya terhadap kemampuan dan matlamat mereka. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
peribahasa pada maksud "dalam tangan" | Maksudnya ialah dalam kekuasaan(kemampuan, milik) seseorang,sudah tentu dapat atau akan diperoleh. | Lain-lain | 10.04.2008 |
Makna dalam tangan | Makna dalam tangan ialah dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh. | Ejaan | 09.08.2006 |
apakah maksud sebenar KETRAMPILAN? samaada KECEKAPAN @ GAYA? | Keterampilan bermaksud: kecekapan, kemampuan (yg tinggi). | Makna | 25.08.2009 |
definisi bagi perkataan 'ketrampilan dan 'keperibadian' | keterampilan kecekapan, kemampuan yang tinggi. keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa | Lain-lain | 31.12.2007 |
Adakah perkataan 'keintelektual' boleh diterima pakai? | Perkataan yang tepat ialah keintelektualan yang bermaksud perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat. | Tatabahasa | 12.09.2013 |
tolong terangkan maksud profesionalisme berdasarkan kamus dewan bahasa berserta contoh terima kasih | Profesionalisme ialah sifat-sifat seperti kemampuan, kecekapan, dan kemahiran tentang cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakuikan oleh seorang profesional seperti peguam dan akauntan. | Makna | 02.05.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan intelek? | Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; | Makna | 30.04.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| mampu | 1. Bersinonim dengan berada ( berharta, berwang, berduit, ) (kata kerja:)
2. Bersinonim dengan kaya ( senang, mewah, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan boleh ( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : kemampuan, |
|
|