Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah kita dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam penulisan kreatif ? kalau boleh apakah kewajarannya? | Encik Jama, Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namundalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. | Lain-lain | 04.10.2010 |
Salam sejahtera, 1.Pameran perabot akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Julai.(perlu bubuh bulan di depan Julai lagi?) Terima kasih | Pameran perabot akan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Julai. Ini ayat lengkap untuk penulisan yang gramatis, namun sedikit kelonggaran diberikan untuk penggunaan dalam iklan. Pameran perabot akan diadakan dari Jun hingga Julai 2020. | Tatabahasa | 20.07.2020 |
Adakah penggunaan kata 'diorang', 'korang' dan 'kitorang' dibenarkan dalam penulisan novel? Jika tidak dibenarkan, perkataan apa yang sesuai digunakan bagi mengelakkan sesuatu dialog kelihatan terlalu baku dan terikat? Sekian. | Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namun dalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. Walau bagaimanpun, penggunaan "dia orang", "kau orang" dan "kita orang" adalah lebih baik. | Lain-lain | 23.05.2014 |
Saya musykil dengan bunyi huruf 'I' yang kedua di dalam perkataan 'ITIK'. Adakah bunyinya sama dengan bunyi huruf 'I' yang pertama di dalam perkataan tersebut? Begitu juga dengan bunyi huruf 'U' yang kedua di dalam perkataan 'UNTUK', adakah bunyi kedua-dua huruf 'U' sama atau sebaliknya? Apakah sesuatu huruf vokal kecuali 'E pepet' dan "E taling' hanya mewakili satu bunyi sahaja? Apakah sebutan baku masih lagi perlu dititikberatkan atau diberi kelonggaran dalam pengajaran fonologi berikutan perubahan zaman? Terima kasih. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan pertanyaan saudara. Pada dasarnya mengikut sistem keselarasan vokal tiap perkataan disebut sebagaimana ejaannya . Hal yang dinyatakan ada kaitannya dengan kegelinciran ketika pperkataan tersebut dibunyikan. Jjika ada maklumat yang tepat kami akan e-mel kepada puan. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan imbuhan dan perkataan asing. Contoh: 'bertadabbur', 'pentarjihan'. Adakah dibolehkan? Jika tidak dibenarkan dalam penulisan, bagaimana perkataan-perkataan asing tersebut harus ditulis? Adakah harus mengitalikkan hanya perkataan asing itu tanpa dicondongkan kata imbuhan itu atau bagaimana? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, kedua-dua perkataan tadabbur dan tarjih tidak ada dalam pangkalan data kami. Penggunaan kata asing dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut konteks penggunaannya. Contohnya, jika penulisan tersebut berkaitan dengan bidang agama seperti kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar keagamaan, penggunaan perkataan tadabbur dan tarjih (bertadabbur dan pentarjihan) diberi kelonggaran, namun ejaannya hendaklah diitalikkan. Jika penulisan tersebut tentang wacana umum, eloklah kata tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bagi memahamkan orang awam. | Ejaan | 05.02.2015 |
|
Tesaurus |
---|
| longgar (adjektif) | 1. Dalam konteks pakaian bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran, Berantonim dengan ketat
2. Dalam konteks skru, paku, bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut, Berantonim dengan ketat
3. Dalam konteks persahabatan bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan, Berantonim dengan erat
| Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran, |
|
|