Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama, akan tetapi mengapa kebanyakan kita sering menggunakan isi kandungan, sama ada dalam pertuturan mahu pun penulisan? Terima kasih | Isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, bersama-samalah kita membiasakan yang betul. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan standard pembelajaran dan "standard kandungan persis? | Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut. | Makna | 21.04.2012 |
Buah mangga mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Tuan, betulkah ayat di atas ini? bolehkah perkataan mempunyai dan kandungan digunakan bersama-sama? | Kami cadangkan ayat tersebut diubah menjadi buah mangga mengandungivitamin C yang tinggi. | Tatabahasa | 26.04.2013 |
Indeks bolehkah disamakan dengan muka hadapan? Contohnya tajuk saya: Analisis kandungan muka hadapan laman web e-komuniti. Bolehkah saya menggantikan perkataan muka hadapan kepada indeks?Contohnya:Analisis kandungan indeks laman web e-komuniti. | Untuk mengubah sesuatu tajuk yang telah diberikan secara prinsipnya tidak dibenarkan. Sdr. dinasihatkan bertemu dengan pensyarah/penganjur yang telah memberikan tajuk ini kepada sdr. Secara takrifan literal, Indeks membawa makna senarai butir kandungan buku (rujuk takrifan kamus Dewan).Takrifan Penerbitan pula indeks merupakan senarai nama, perkara, rujukan dan sebagainya yang disusun menurut abjad. Indeks dicetak pada bahagian akhir buku. | Lain-lain | 25.02.2008 |
1. Sila lengkapkan Pernyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan Penyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih) | Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul? | Salam sejahtera, Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kertas cadangan judul perlu mengandungi maklumat yang berikut: 1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca. 2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan. 3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan. 4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan. 5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan. 6. Perihal saingan dan pasaran - buku perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain. 7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran. 8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab. 9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan. 10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut. | Lain-lain | 12.07.2010 |
Boleh ke saya baca isi kandungan yang terkandung dalam buku Malaysia kita dalam medan ini. Terima kasih. | Maaf saudara, DBP tidak menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengahari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. | Lain-lain | 19.02.2009 |
mohon pihak DBP untuk membuat semakan untuk kandungan teks bunting yang akan digunakan oleh pihak politeknik sempena promosi pertandingan FIRA 2013. bersama ini dilampirkan visual bunting tersebut. terima kasih | Perkataan bahasa Melayu dalam gegantung yang dilampirkan adalah betul. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan sijil pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 02.08.2013 |
Salam 1 Malaysia kepada warga DBP. Saya ingin mengetahui kandungan sebenar jumlah kata tunggal, kata terbitan, kata Akronim dan kata majmuk yang terkandung dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang terbaru. Saya ingin juga mengetahui setiap perubahan jumlah tersebut supaya saya dapat melihat sejauh mana perkembangan bahasa Melayu di negara kita pada masa kini. Berapa jumlah kata dasar, kata terbitan, Kata Akronim dan Kata majmuk yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Saya mengharapkan maklumat yang akan tuan atau puan berikan dapat membantu saya dalam mengkaji sejauh manakah Bahasa Melayu pada masa ini mampu menyaingi bahasa-bahasa lain di dunia. Sekian. | Secara khusus, pihak kami tidak ada maklumat yang diperlukan. Maklumat yang ada hanyalah jumlah kata terbitan, iaitu sebanyak 24,180 kata. Jumlah kata masukan ialah 34,578 yang merangkumi kata dasar, kata majmuk, akronim dan sebagainya. Sebahagian kata majmuk juga terdapat dalam frasa yang berjumlah 24,142 kata. | Lain-lain | 14.01.2011 |
Assalamualaikum. Soalan pertama, apakah nama hasil karya yang isi kandungan utamanya diambil daripada sesebuah buku dengan penambahan-penambahan isi daripada pengarang hasil karya itu sendiri? Hasil karya tersebut pula bukan berbentuk ringkasan, terjemahan, atau rumusan. Soalan kedua, adakah pihak DBP ada menerbitkan kamus istilah-istilah ilmu hadis? Jika ada, boleh saya tahu bagaimanakah cara untuk mendapatkannya? | Assalamu`alaikum. Terima kasih menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Jawapan: Soalan pertama: Pengambilan hasil karya orang lain adalah menyalahi Undang-undang Hak Cipta. Soalan kedua: DBP telah menerbitkan Glosari Hadis pada tahun 1994. | Lain-lain | 10.01.2011 |