Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, papan tanda di premis perniagaan, poster dan tempat awam banyak menggunakan struktur ayat yang salah seperti: - Kaunter Menumpang Barangan - Dilarang Masuk Tanpa Orang Berkebenaran - Syarikat Peminjam Wang Berlesen dan lain-lain. Boleh DBP jelaskan? | Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan | Lain-lain | 30.03.2013 |
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini. | Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 27.12.2006 |
Salam, sy nk tanya dalam laras undang-undang perkataan seperti "di mana" dan "apa" boleh digunakan dalam ayat penyata atau tidak ? | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Kata tanya seperti apa, mana, siapa, bila dan bagaimana hanya boleh digunakan dalam ayat tanya. Contohnya: 1. Yang di dalanm kotak itu apa? 2. Baju baru saya mana? 3. Mereka sampai bila? 4. Tuan tinggal di mana? | Tatabahasa | 12.04.2012 |
Perkataan "otherwise" dalam perjanjian membawa maksud apa? Contoh 1, '...the borrower may become liable to the lender any where on banking account or accounts current or otherwise or in any manner whatsoever....' Contoh 2, '....any buildings, fixture or plants or in defending, prosecuting or otherwise howsoever taking part in or attending at (whether on a watching brief as observer or otherwise howsoever)...' | Puan Farhanah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Otherwise dalam ayat pertama boleh membawa maksud sebaliknya, manakala dalam ayat kedua pula boleh membawa makna dalam apa cara sekalipun. Walau bagaimanapun kadang kala ia boleh juga membawa makna dalam hal yang lain. Terima kasih. | Tatabahasa | 13.11.2009 |
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP. | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna. | Lain-lain | 10.05.2013 |
Dalam ayat penyata, bolehkah kita letakkan kata tanya?? Contoh: Saya tidak tahu apa yang ada dalam kotak ini. | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata, bukan ayat tanya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441. | Tatabahasa | 27.06.2010 |
Perbezaan penggunaan perkataan antara walau bagaimanapun dengan bagaimana | Bagaimana bermaksud: 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun; Bagaimanapun bermaksud: biar apa pun yg terjadi; Kedua-dua perkataan tersebut berlainan maknanya dan sudah tentulah cara penggunaannya dalam ayat pun pasti berbeza. | Lain-lain | 21.08.2009 |
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM' | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. | Istilah | 13.11.2009 |
Terima kasih, Tuan. Minta penjelasan lanjut. Kerajaan menghadapi pelbagai masalah dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai halangan dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Soalan 1. Adakah penggunaan perkataan masalah, halangan dan cabaran pada 3 ayat di atas betul? 2. Adakah masalah yang ujud akan menjadi halangan dan jika tidak dapat diselesaikan ia akan menjadi cabaran? Contoh : Kerajaan menghadapi masalah kewangan dalam mengawal kebanjiran pekerja, dengan kata lain kerajaan menghadapi halangan iaitu sumber kewangan terhad. Maka, dengan sumber kewangan yang terhad, cabaran kerajaan ialah mendapatkan wang untuk mengawal kebanjiran pekerja asing 3. Bolehkah tuan kemukakan beberapa contoh situasi yang mendatangkan cabaran kepada negara atau individu supaya saya lebih jelas tentang maksud cabaran untuk dibezakan daripada halangan dan masalah. contoh 1 Apa cabaran seorang pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apa masalah yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apakah halangan yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Faktor cuaca adalah cabaran, juga merupakan masalah, juga merupakan halangan kepada seorang pendaki. Jadi, apa bezanya? | Untuk makluman tuan, huraian makna yang diberikan adalah merujuk Kamus Dewan dan Kamus Dewan tidak menghuraikan secara perinci tahap makna perkataan tersebut. Pada pandangan kami ayat yang paling tepat ialah Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Kerja mengawal kebanjiran pekerja asing dianggap sebagai cabaran yang menguji kemampuan negara kita untuk menanganinya. Walau bagaimanpun tidaklah salah jika "mengawal kebanjiran pekerja asing" dianggap sebagai masalah atau halangan kepada negara kerana hal ini juga memerlukan penyelesaian (masalah) dan juga menjadi rintangan kepada negara. Hal ini demikian kerana kita boleh melihat ayat itu daripada pelbagai aspek sama ada masalah atau halangan atau cabaran. Untuk melihat contoh lain penggunaan kata cabaran, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cabaran&d=9. | Makna | 07.06.2012 |
Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah . Pasangan antara ialah seperti dalam ayat ini kerap kita temukan dan saya juga menggunakannya. Benarkah penggunaan kata ialah dalam ayat ini SALAH? Jika benar, mengapa dan apa pula pasangan yang betul? | Penggunaan kata pemeri "ialah" hadir di hadapan atau sebelum kata nama dalam sesuatu ayat. Misalnya: (i) Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara. (ii) Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Oleh yang demikian, ayat saudara: Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….” betul penggunaannya mengikut tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini, demikian kata "ialah" dalam ayat ini menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Walau bagaimanapun, tidak tepat sekiranya sdr mengatakan "antara-ialah" sebagai pasangan. Terdapat juga perkataan "antara" - "dengan". Misalnya; (i) Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. Ayat sdr seperti yang di atas dapat juga dibina seperti berikut: (ii) Antara barang yang kami beli di pasar raya itu termasuk garam, gula, kopi, dan teh. Sekiranya saudara ingin memahami penggunaan kata sendi dan kata pemeri, sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan DBP. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| hal | 1. Bersinonim dengan perkara ( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan kejadian ( peristiwa, keadaan, situasi, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan sebab ( alasan) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan tentang ( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : berhal, mengehalkan, |
|
|