Kata |
Takrif |
Sumber |
sabit II | Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentu | 1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. | Kamus Pelajar |
putus niat | a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentu | 1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ketentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal menentukan. penentu sesuatu atau seseorang yg menentukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tentu | 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mempunyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebutkan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu memecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), beraturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ketentuannya, tidak mendapat sebarang keputusan, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgan | ; berlanggan membeli surat khabar, majalah dll secara tetap: Kami ~ bermacam-macam jenis majalah dan surat khabar. melanggan 1 membeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: Sudah bertahun-tahun dia ~ akhbar di kedai itu. 2 menggunakan atau mendapatkan khidmat seseorang dgn membayar kpdnya. pelanggan 1 pembeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: ~ di kedainya makin bertambah. 2 orang, pihak, syarikat dll yg mendapat khidmat seseorang, sesebuah syarikat dsb dgn membayar kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gadis I | 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~; kuda ~;~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua; bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi; menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin; kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanggan | 1 membeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: Sudah bertahun-tahun dia ~ akhbar di kedai itu. 2 menggunakan atau mendapatkan khidmat seseorang dgn membayar kpdnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
putus | 1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll): anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah ~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dll); sampai sekarang pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan; ~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap; b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~ niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa (jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; ~ umur mati; ~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya; ~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap); putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis); memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b) memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang; memutusi ark = memutuskan menentukan; memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, menghukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah; setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya; putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku; keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); berkeputusan mempunyai keputusan (kesudahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan; pemutusan perbuatan memutus(kan); pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgan | ; berlanggan membuat pembelian secara tetap (surat khabar, majalah, dll): kami ~ tiga buah surat khabar; berlangganan membeli dgn tetap; mereka sudah lama ~ dgn Wim tentang barang-barang seludupan; melanggan membeli secara tetap (surat khabar, majalah, dll): boleh dikatakan semua majalah keluaran tanah air dilanggannya; langganan 1. = pelanggan; 2. penjual yg tetap; 3. hubungan jual beli atau urus niaga yg tetap (antara seseorang penjual dgn pembeli yg selalu membeli daripadanya); 4. = wang ~ pembayaran yg tetap (kerana berlanggan); pelanggan 1. pembeli (surat khabar, majalah, dll) yg tetap: makin bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar pula; 2. orang (syarikat) dsb yg membayar kpd seseorang spt peguam (pembina dsb) utk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
adamant | adj 1. (in character) /keras, tegar/ hati (sifatnya), (bersifat) tegar: I wish she were less ~, kalaulah dia tdk begitu keras hati; 2. (in resolution) tetap /berpendapat, berpendirian/, /tetap dgn, tdk berganjak drpd/ pendirian sso: he was ~ that he was fit to work, dia tetap berpendapat bahawa dia sudah sihat dan dapat bekerja; on this issue, I am ~, saya tetap dgn pendirian saya ttg perkara itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
invaluable | adj (fixed) tetap; (unchanging) tdk berubah-ubah; (habitual) biasa; (unfailing), [not translated]: ~ temperature, suhu tetap; an ~ rule, peraturan tetap; one of the ~ laws of nature, salah satu hukum alam yg tdk berubah-ubah; it has become his ~ practice to go for morning walks, sudah menjadi amalan biasanya pergi berjalan-jalan pd waktu pagi; their ~ reply was..., jawapan biasa mereka ialah...; he greeted them with his ~ courtesy, dia menyambut mereka dgn penuh sopan santun. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
even | adj 1. level, smooth and flat, rata: make sure the surface is ~ before you lay the tiles, pastikan permukaan rata sebelum kamu meletakkan jubin; 2. steady and unchanging, tetap: his ~ breathing showed that he was asleep, pernafasannya yg tetap menunjukkan bahawa dia sudah tidur; he drove at an ~ speed, dia memandu dgn kelajuan yg tetap; 3. equal in number, amount or quantity,sama rata: ~ distribution of income and wealth, pengagihan pendapatan dan kekayaan yg sama rata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
humble | adj 1. having, showing a modest opinion of os, rendah /hati, diri/, suka merendahkan diri: he remained ~ in spite of his success, dia tetap rendah hati walaupun sudah berjaya; 2. lowly, poor, hina, daif: Im just a ~ fisherman, saya hanyalah nelayan yg hina; no task was too ~ for him, tdk ada pekerjaan yg terlalu hina baginya; of ~ /birth, origin, stock/, berketurunan rendah; 3. unpretentious, sederhana: ~ fare, makanan yg sederhana; my ~ home, rumah saya yg sederhana; 4. (indic an unassuming attitude, state of mind) dgn rendah hati: my ~ apologies, dgn rendah hati saya meminta maaf; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
talibun | talibun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga sebagai sesomba. |
neo-classicism | neoklasisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme. |
collusion | pakatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerjasama yang terbentuk di kalangan organisasi, parti atau negara yang bersaing untuk mencapai satu matlamat yang sama. Kerjasama yang terbentuk ini biasanya tidak menjejaskan identiti anggota masing-masing. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, fenomena pakatan wujud sama ada pada tahap individu, organisasi atau negara. Pakatan antara anggota ini boleh wujud dalam dua bentuk yang terdiri daripada bentuk pertama yang dikenali sebagai pakatan kontrak iaitu kerjasama yang terbentuk semata-mata untuk mencapai keuntungan tertentu antara dua atau lebih pihak. Apabila keuntungan sudah dicapai maka pakatan akan berakhir. Pakatan yang kedua ialah pakatan moral yang terbentuk ekoran daripada ideologi yang dikongsi bersama. Pakatan ini lebih bersifat murni kerana jalinan hubungan masih tetap wujud walaupun kerjasama itu telah berakhir. Contoh pakatan ialah Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis. |
Kamus Parsi.indb هيناث )s̱arvat( تورث )s̱arvatmand, dārā( اراد ،دنمتورث )s̱a ghīl, sangīn( نيگنس ،ليقث )s̱ols̱ ( ثلث )s̱amar, ḥāṣel( لصاح ،رمث )s̱amar, mīve( هويم ،رمث )s̱amar bakhsh, mofīd( ديفم ،شخب رمث )s̱avāb( باوث tetap ketiga kelapan kedua saat kekayaan, harta benda kaya berat satu per tiga, sepertiga hasil buah bermanfaat pahala invariable third eighth second second (sixtieth of one minute) wealth rich heavy onethird تفج )jeld, rūye( هيور ،دلج )jeld, mojallad( د ّ لجم ،دلج یفا ّ حص ،ندرک دلج )jeld kardan, ṣaḥḥāf ī( )jelow( ولج )Jom‘e( هعمج baru kren pulau tubuh, jasad (sudah meninggal) pesta perayaan, kenduri kotak burung hantu pasang, sepasang kulit sampul jilid menjilid bahagian hadapan, barisan depan Jumaat new crane island dead body ceremony feast, festival box owl pair wrapper
|
Kamus Sains.indb alat aras Abney) Alat yang terdiri daripada binaan teropong segi empat tanpa kanta dan berukur- an kira-kira 125 mm panjang. Sebuah alat piring separuh bulat yang berseng- gat dipasang tetap pada teropong. Tiup gelembung pula dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal) Berkaitan dengan sifat atau keadaan yang luar biasa atau ganjil. Contohnya, mempunyai enam jari pada tangan. (BIO) abohm (abohm) Unit
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada editor dari Bahagian Peristilahan dan Leksikologi yang sentiasa cekap dan berdedikasi, membantu menguruskan penerbitan kamus ini sehingga selesai. Akhir kata, walaupun kamus ini sudah sampai ke tangan pengguna tetapi ilmu akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, mungkin sahaja terdapat kelemahan dan kekurangan dalam beberapa aspek ketepatan dan kesempurnaan pemilihan istilah Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 16 6/6/11 4:01:24 PM xvii Br. – Brunei Darussalam Id. – Indonesia 2. Singkatan/simbol yang sudah lazim digunakan dalam sesuatu bidang ilmu dikekalkan. Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 17 6/6/11 4:01:24 PM Kamus Teknologi Maklumat
|
Kamus Thai 2.indb dalam lautan itu. จมน้ำตาย [-namta:y] ก mati lemas: เด็กคนนั้ นจมน้ำตายในแม ่ น้ำ Budak itu mati lemas di dalam sungai. จมูก [camu:k] น hidung จร [c:n] ว bukan tetap: ลุงของฉันเป็น ลูกค ้ าจรของปั ๊ มบางจาก Pak cik saya meru pakan pelanggan bukan tetap stesen minyak Bangchak. จรจัด [-cat] ว tualang: เด็กจรจัดในเมือง ใหญ ่ ส ่ วนมากติดยาเสพติด Budak tualang di bandar-bandar besar kebanyakan nya menagih dadah. จรด [carot] ดู จด¹ จรดพระนังคัล [-pranakan] น
|
Kamus Thai 2.indb กระชั ้ น [kracan] ว dekat, hampir: คุณพ ่ อรีบสร ้ างบ ้ านให ้ เสร็จเพราะฤดูฝนกระช ั ้น เข ้ ามา Ayah cepat-cepat menyiapkan ru- mah kerana musim hujan sudah dekat. กระชับ [krachap] ก 1 mengeratkan: ร ั ฐบาลกระช ั บ ความส ั มพ ั นธ ์ ก ั บประเทศเพื่ อนบ ้ าน Kerajaan mengeratkan hubungan de ngan negara-negara muzik itu harmoni dan sedap didengar. กลมกลืน [-kl:n] ว 1 sebati: เมื่ อส ่ วน ผสมของแป ้ งกลมกลืนก ั นแล ้ วควรเก็บไว ้ ในตู ้ เย็น 15 นาที Apabila sudah sebati, adunan tepung itu hendaklah disimpan selama 15 minit di dalam peti sejuk. 2 sedon- don: เขาใส ่ ผ ้ าคลุมเสื้ อผ ้ าและร ้ องเท ้ าที่ กลมกลืน ก |
Kamus Thai 2.indb ratu cantik itu sangat halus. นอ [n:] น sumbu นอก [n:k] น luar นอกกฎหมาย [-kotma:y] น haram นอกจาก [-ca:k] สัน kecuali: ทุกคนนอน หมดแล ้ วนอกจากฉัน Semua orang sudah tidur kecuali saya. นอกใจ [-cai] ก curang: สามีที่ ดีต ้ อง ไม ่ นอกใจภรรยา Suami yang baik mesti tidak curang terhadap isteri. นอกชาน [-ca:n] น pelantar นอกเหนือ [-na] ว wirawati, heroin นาฏศิลป ์ [na:ttasi n] น seni tari นาที [na:ti:] น minit นาน [na:n] ว lama: เขาไม ่ ได ้ มาที่ นี่ นานแล ้ ว Sudah lama dia tidak datang ke sini. น ่ านน ้ ำ [na:nna:m] น perairan น ่ านฟ ้ า [na:nfa:] น ruang udara นานา [na:na:] ว
|
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
|