Kata |
Takrif |
Sumber |
mencucurkan | 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rahmat | Ar 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas hakim; dipohonkan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~ Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup padanya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah ~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-~ puasa yg diamalkannya selama ini; kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd mengakui kebenaran; merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, menganugerahi, mengurniai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencucuri | 1. menuang air dsb pd, menyirami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rahmat | 1 belas kasihan: Moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atasnya. 2 kurnia (Allah): Moga-moga Allah melimpahkan ~ dan nikmat hidup ke atasnya. merahmati 1 mengasihi. 2 memberkati; memberi rahmat kpd. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rahmat | 1 belas kasihan: Moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atasnya. 2 kurnia (Allah): Moga-moga Allah melimpahkan ~ dan nikmat hidup ke atasnya. merahmati 1 mengasihi. 2 memberkati; memberi rahmat kpd. | Kamus Pelajar |
berkat | 1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah); memberkati memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera;keberkatan sesuatu amalan yg mendatangkan berkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencucurkan | 1. mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2. ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. | Kamus Pelajar |
berkat | 1 kurnia atau rahmat Allah yg mendatangkan kebaikan kpd kehidupan manusia: Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan ~-Nya kpd kita semua. 2 dgn sebab atau dgn pengaruh; oleh sebab: ~ doa ayahanda, anak-anak berdua sihat-sihat saja. 2 beruntung atau berbahagia; mujur: Tidak ~ jika kita makan harta orang secara tidak halal. memberkati 1 memberi berkat atau rahmat kpd: Moga-moga Allah ~ usaha kita yg mulia ini. 2 mendatangkan kebaikan atau keuntungan kpd; memberi berkat kpd: Tidak berguna kita menyimpan harta curian kerana itu tidak akan ~ kita. keberkatan hal atau keadaan berkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkat | 1. kurnia atau rahmat Allah yg mendatangkan kebaikan kpd kehidupan manusia: Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan ~ - Nya kpd kita semua. 2. dgn sebab atau dgn pengaruh; oleh sebab: ~ doa ayahanda, anakanda berdua sihat-sihat saja. 3. beruntung atau berbahagia; mujur: Tidak ~ jika kita makan harta orang secara tidak halal. memberkati 1. memberi berkat atau rahmat kpd: Moga-moga Allah ~ usaha kita yg mulia ini. 2. mendatangkan kebaikan atau keuntungan kpd; memberi berkat kpd: Tidak berguna kita menyimpan harta curian kerana itu tidak akan ~ kita. keberkatan hal atau keadaan berkat. | Kamus Pelajar |
hujan rahmat | a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
blessing | n 1. act of asking Gods favour, /permohonan, memohon/ /rahmat, restu, berkat/; 2. favour bestowed by God, rahmat: may Gods ~ be upon you, moga-moga kamu dilimpahi rahmat Tuhan; 3. approval, restu; give os ~ to, merestui; have the ~ of, direstui: the project had the ~ of the government, projek itu direstui kerajaan; 4. short prayer before or after a meal, doa; ask a ~, berdoa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blessing | a ~ in disguise, rahmat yg terselindung; count your ~s, cubalah kenangkan rahmat yg kamu nikmati; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
boon | n 1. blessing, rahmat: the washing machine is a great ~ to her, mesin basuh merupakan satu rahmat besar baginya; 2. (archaic) favour, pertolongan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
godsend | n (colloq) rahmat: the cheque that arrived in the mail was really a ~, cek yg tiba melalui pos itu betul-betul satu rahmat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bell | at the ~, apabila loceng berbunyi; ring a ~, (colloq) saya rasa saya pernah dengar nama itu: Rahmat Ramly yes, the name certainly rings a ~, Rahmat Ramly ya, saya rasa saya pernah dengar nama itu; saved by the ~, (colloq) terselamat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blessedness | n rahmat-Nya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
beatific | adj (colloq) blissful, bahagia, penuh rahmat: ~ smile, senyuman bahagia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bless | vt ask Gods favour for, memohon /rahmat, restu, berkat/ utk: the Pope ~ed the congregation, Paus memohon restu utk jemaah itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
conditional joy | nikmat bersyarat | Kesusasteraan | Tiada | Motif biasa dalam cerita pari-pari. Motif ini menyentuh tentang penganugerahan atau suatu rahmat besar yang dijanjikan kepada protagonis dengan syarat tidak mencabuli sesuatu pantang larang. Penulis dan pengkritik Inggeris, G.K. Chesterton yang mencipta istilah ini berpendapat bahawa hukum-hakam alam pari-pari ditentukan oleh manusia dan bukannya sains. |
local colour | warna tempatan; warna lokal | Kesusasteraan | Puisi | Segala pencitraan dalam puisi terutamanya pemakaian bahasa dan penggunaan unsur alam yang bersifat tempatan. Dengan kata lain, tiada pengaruh dan penggunaan unsur dari luar wilayah atau negara. Contohnya, "Waktu Berdepan Denganmu, Kinabalu" dalam kumpulan pantun Era karya Kemala. Kinabalu Kinabalu kutatang rindu aneh itu atmacinta bercucuran dari tubuhmu dari sungai rahmat mengalir percintaan syahdu zaman ke zaman |
anthropomorphism | antropomofisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen Langit Makin Mendung oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti manusia dan bentuk. Lihat juga bertiari. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan tahap pergelutan manusia untuk mendapatkan kesejahteraan seperti yang difahami oleh penganut Kristian dan tertera dalam Bible. Pada peringkat awal, bentuk ini sering digunakan untuk menyatakan pemikiran yang bersifat agama. Di Barat, alegori sangat dominan pada Zaman Pertengahan dan bahan sastera dewasa memperlihatkan fikiran yang bersifat alegorikal. Namun dalam perkembangan seterusnya, bentuk ini digunakan untuk menyampaikan komen politik dan sosial, dan lumrah digunakan pada masa ini. Bentuk ini mempunyai kaitan dengan satu lagi bentuk, iaitu simbol. Namun perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah maksud yang tersirat bagi alegori lebih bersifat tetap dan tegar, sementara maksud tersirat bagi simbol lebih bersifat terbuka dan tidak dapat dipastikan secara persis. Apabila segugus simbol digunakan dalam sesuatu naratif, simbol boleh menjadi alegori. Bentuk alegori sering dipadankan dengan karya yang panjang. Walau bagaimanapun, karya pendek yang memperlihatkan ciri yang serupa dengan alegori, sering dikenali dengan istilah cerita binatang, dan cerita ibarat. Contoh lain yang terkenal dalam sastera Barat ialah karya Dryden berjudul Absalom and Achitophel. Karya ini memperkatakan idea tersirat tentang situasi politik di England pada pertengahan kurun ke-17. Karya berjudul Gullivers Travels (1726) oleh Jonathan Swift pula secara tersirat menggambarkan situasi politik di England ketika pemerintahan Ratu Anne. Dalam sastera Melayu, Syair Raja Tedung dengan Raja Katak ialah alegori situasi politik Johor-Riau pada kurun ke-19. Contoh yang lain ialah novel tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim yang merupakan alegori kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Alegori berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud memperkatakan yang di sebaliknya. |
platonism | platonisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
ramat | rahmat | - | - | - | - | - | Keagamaan | Bajau -> Bajau Tuaran |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rahmat | ase manah hasil [as.manah.hasil] | Melanau Dalat | |
rahmat | baakat, hikmat. | kedayan | |
bereket | rahmat | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
koduduwo Kd | roh. | Minamangun adalah roh yang membawa rahmat, apalagi kalau roh ini dibantu oleh koduduwo, roh pemberi nyawa manusia. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rahmat | [rah.mat]/[rah.mat] | رحمة |
rohmat (rahmat) | [roh.mat] | رحمة |
|
Tesaurus |
---|
| rahmat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan rahim: belas kasihan, ihsan,
2. Bersinonim dengan kurniaan: berkat, restu, anugerah, limpahan, ganjaran, balasan, Berantonim dengan laknat
3. Bersinonim dengan hikmat: faedah, kegunaan, keuntungan, tuah, kebaikan, fadilat,
| Kata Terbitan : merahmati, |
|
|