Kata |
Takrif |
Sumber |
jasa | pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menyelesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahat | buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg buruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat sekalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup memakan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Bendahara; menjahati melakukan perbuatan jahat terhadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. memfitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menyebabkan (menimbulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terendam | 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baik | 1. memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dsb), elok (lwn buruk): yg ~ dipakai, yg buruk dibuang; buku ini ~ dibaca oleh kanak-kanak; 2. memuaskan hati dr segi rupa (mutu, kegunaan, dll), elok: cantuman baka yg ~; mendidik anaknya dgn ~; 3. tidak jahat (kelakuan dll): ~ budi pekertinya; 4. pulih, sembuh: lukanya belum ~; 5. sangat sesuai dan rapat (bkn perhubungan, persahabatan, dsb): dia berkawan ~ dgn Aminah; 6. = baiklah ya (menyatakan persetujuan): ambil buku itu! B~ mak; 7. biar, walau; ~ kawan mahupun (ataupun) lawan biar kawan, biar lawan; ~ hati suka menolong, mudah simpati dan pengasih; ~ sangka rasa muhibah; buat ~ berpada-pada, buat jahat jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebihlebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekalikali dibuat;baik-baik 1. (sbg pesanan) berjaga-jaga dlm melakukan sesuatu, hati-hati: pandulah ~ kerana jalan itu bengkang-bengkok; 2. dgn rapi (menjaga atau memelihara sesuatu): simpan barang ini ~; 3. dgn teliti (melakukan sesuatu): tali itu diikatkan ~ supaya tidak tanggal; baca ~ perenggan ini;sebaik 1. serupa baik dgn, sama baik dgn: penselmu tidak ~ pensel saya; 2. = sebaik-baik demi, serta, baru saja: pencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang;sebaiknya yg baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya: ~ engkaulah yg bercakap dgn cikgu;sebaik-baiknya 1. yg paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya; 2. yg amat (sangat) baik: kesempatan mencari keuntungan ini diambil ~ oleh orang asing;berbaik, berbaik-baik tidak bermusuhan (bertengkar dll): orang kampung tertanya-tanya mengapa dia ~ dgn orang yg sejahat itu; ~ semula berdamai;berbaiki sl = membaiki: bendahara pun mengerahkan sekalian orang berlengkap dan ~ alat;membaik = membaik pulih;membaiki membetulkan: jalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan; jikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan prb janganlah kita kusutkan pekerjaan yg tidak dapat kita selesaikan;membaikkan 1. membuat jadi baik, memulihkan; 2. menganggap lebih baik: dia ~ kelakuan anaknya; 3. mendatangkan kebaikan (faedah dll) kpd; serta sepucuk suratdiberi, ~ maksud paduka seri utk membawa faedah bagi maksud paduka seri;memperbaik menjadikan bertambah baik: rancangan-rancangan utk ~ taraf ekonomi orang Melayu;memperbaiki sl berbuat baik kpd: Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba;kebaikan 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat;perbaikan 1. perihal (keadaan dsb) menjadi bertambah baik, perihal makin baik; 2. hasil membaiki: segala usul, pindaan, dan ~ dgn ulasannya secepat-cepatnya disampaikan kpd pakar; buku ini merupakan ~ buku-buku jenisnya yg terdahulu;pembaikan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan membaiki tanah supaya lebih subur;pembaik orang yg (kerjanya) membaiki (membetulkan sesuatu): ~ kereta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan | 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandar III | Id 1. orang yg dilawan oleh pemainpemain lain dlm permainan judi (rolet dll); 2. ki a) orang yg mengendalikan sesuatu gerakan secara sulit; b) orang yg memberi modal dlm pekerjaan-pekerjaan yg tidak baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masyarakat | 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) memasyarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendam | ; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan); merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus | ; ~ janji hal yg berkaitan dgn urusan per-niagaan; salah ~ tidak dikelolakan (diselang-garakan) dgn baik atau teratur; tidak ~ tidak terpelihara (teratur); berurus 1. berhubungan utk menyelesaikan sesuatu perkara dll: Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yg baru itu; 2. dijaga (terpelihara) dgn baik, tersusun rapi: tidak ~ kamar ini; rambutnya tidak ~; mengurus 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; teruruskan dapat diuruskan: kalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui PIBG; urusan 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya men-jalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri sese-orang; ~ rumah tangga segala sesuatu yg mengenai rumah tangga; ~ umum urusan mengenai berbagai-bagai hal; berurusan 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bangsa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg pertama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penye-ludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; keurus, keurusan Jk; tidak ~ tidak ter-pelihara (dijaga, diurus) dgn baik; pengurusan perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; kepengurusan (hal-hal) yg berkaitan dgn cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus: kerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dgn kemajuan teknologi; pengurus 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah di-lantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengen-dalikan) sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siap | 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, berwaspada: setelah kelihatan itu, maka masingmasing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersediasedia: negeri Kuripan sedang ~ utk perkahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menyediakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (mempersiapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
future | n 1. time yet to come, masa /depan, hadapan/: the ~ is uncertain, masa depan itu belum pasti; we look forward to a happy ~, kami menanti masa depan yg bahagia; in ~, pd /masa depan, kemudian hari/, lain kali: the girls were told to behave better in ~, budak-budak itu disuruh berkelakuan lebih baik pd masa depan; in ~ think carefully before you make promises, lain kali fikir baik-baik sebelum kamu membuat janji; 2. prospective condition of a person or thing, masa /depan, hadapan/: a job that has no ~, pekerjaan yg tdk mempunyai masa depan; the ~ of the industry is unbounded, masa depan industri itu tdk terbatas; 3. (gram.) kala depan: put the verb into the ~, jadikan kata kerja itu dlm bentuk kala depan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
game 1 | /beat, play, etc. so/ at his own ~, (colloq) mengalahkan sso dlm /bidang, pekerjaan/ sso; be /on, off/ os ~, /bermain, tdk bermain/ dgn baik; give the /~, show/ away, (colloq) pecah tembelang, membuka rahsia; be good at ~s, pandai bersukan; /have, play/ a ~, bermain: to play a good ~ of tennis, bermain tenis dgn baik; have the ~ in os hands, pasti akan /menang, memenangi perlawanan itu/; make ~ of so., see FUN (make fun of so.); play a dangerous ~, bermain api; play a double ~, bermuka-muka, bermuka dua, talam dua muka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
guarantee | I cant give any ~ that my father will agree, saya tdk dapat memberikan jaminan bahawa bapa saya akan bersetuju; stand ~ for so., menjamin sso; 2. st valuable offered as security, jaminan: he deposited the deeds to his house as a ~ of repayment of the loan, dia mendepositkan surat ikatan rumahnya sbg jaminan pembayaran semula pinjaman itu; 3. st that promises a certain outcome, jaminan: a degree is not a ~ for a good job, ijazah bukanlah jaminan utk mendapatkan pekerjaan yg baik; in this area blue skies are no ~ of a warm day, di kawasan ini langit yg biru bukanlah jaminan cuaca baik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
decent | adj 1. proper, sopan: ~ behaviour, kelakuan yg sopan; ~ language, bahasa yg sopan; 2. (of clothes) a. suitable, sesuai; b. modest, sopan, senonoh; 3. adequate, (agak) memuaskan: here you can get a ~ meal without paying through your nose, di sini kamu akan mendapat hidangan yg agak memuaskan tanpa membayar terlalu mahal; a ~ job, pekerjaan yg agak memuaskan; ~ living conditions, keadaan hidup yg memuaskan; 4. (of person) baik: a ~ chap, lelaki yg baik; 5. (colloq) kind, baik hati: it was really ~ of you to help me out, sungguh baik hati kamu menolong saya; do the ~ thing, melakukan perkara yg sepatutnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go | ~ with so., a. accompany so., pergi bersama (dgn) sso: she wants to ~ with her friends, dia hendak pergi bersama kawan-kawannya; b. keep company with so., keluar dgn sso: is Linda still ~ing out with Kevin?, adakah Linda masih keluar dgn Kevin lagi?; ~ with st, a. be part of or be included with st, disertakan dgn sst: a sprawling house ~es with the job, pekerjaan itu disertakan dgn sebuah rumah yg besar; b. see vi (sense 16.); all ~es well (with st) semuanya berjalan dgn /baik, lancar/: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hand | out of ~, without further examination, bulat-bulat: the suggestion was rejected out of ~, cadangan itu ditolak bulat-bulat; take in ~, mengawal, mengawasi: these children are too wild, they should be taken in ~, kanak-kanak ini terlalu liar, mereka patut dikawal; try os ~ at, mencuba: he tried his ~ at knitting and found that he was good at it, lelaki itu mencuba mengait dan mendapati bahawa dia dapat melakukannya dgn baik; turn os ~ to, a. take up, mula (+ approp v): she turned her ~ to business after failing to get a job, dia mula melibatkan diri dlm perniagaan selepas gagal mendapatkan pekerjaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
business | n 1. buying and selling, commerce or trade, commercial activity, perniagaan: this is the ~ centre of the city, inilah pusat perniagaan bandar raya itu; his ~ is doing very well, perniagaannya maju; the hair dressing ~, perniagaan mendandan rambut; 2. (economic or commercial) transactions or dealings, urus niaga, urusan perniagaan; 3. commercial establishment, firm, (syarikat) perniagaan: he has closed down his ~, dia sudah menutup syarikat perniagaannya; 4. volume of commercial activity or transactions, perniagaan: ~ is usually poor in the rainy season, perniagaan biasanya kurang baik dlm musim hujan; 5. occupation, profession, trade, pekerjaan: his ~ is cattle farming, pekerjaannya berternak lembu; 6. particular field of endeavour, (bidang) kegiatan: he is the best in the ~, dia yg paling cekap dlm bidang kegiatan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
social mobility | mobiIiti sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang memungkinkan seseorang itu mendaki hierarki sosial kepada status yang lebih tinggi kesan daripada faktor tertentu seperti pekerjaan atau pendapatan yang lebih baik. Mobiliti ini wujud dalam masyarakat terbuka yang membolehkan seseorang itu memperbaik kedudukannya. Ini berbeza dengan masyarakat tradisional yang hierarkinya tetap atau tertutup, seperti anak petani akan terus menjadi petani manakala anak bangsawan akan terus menjadi bangsawan. Seorang yang lahir sebagai anak petani akan berada dalam hierarki sosial yang rendah tetapi ia boleh meningkatkan taraf kedudukannya dengan berusaha dan menjadi seorang doktor atau jurutera lalu memiliki status sosial yang lebih baik. Mobiliti sosial di Malaysia kini sangat terbuka, sesiapa sahaja yang layak dan berjaya boleh menjawat jawatan penting dalam ekonomi atau poIitik tanpa mengira asal kedudukannya. |
green economy | ekonomi hijau | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang menghasilkan kesejahteraan manusia yang lebih baik dan ekuiti sosial, sementara secara signifikan mengurangkan risiko alam sekitar dan kelangkaan ekologi. Ekonomi hijau dapat dilihat sebagai paradigma ekonomi yang memacu pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa mengorbankan sumber ekosistem dan biodiversiti semula jadi. Ekonomi hijau mengutamakan pembangunan ekonomi yang dapat melindungi sumber semula jadi, meningkatkan keupayaan sumber dan menggalakkan penggunaan secara mampan. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tulandaat Kd KB | sejenis roh baik. | 18. Sorupu atau Tulandaat Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sorupu Kd KB | sejenis roh baik. | 18. Sorupu atau Tulandaat Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb absorbent (bahan penyerap) Pelarut yang digunakan dalam proses penyerapan bagi menyerap komponen tertentu secara pelarutan daripada suatu campuran gas. Pelarut yang digunakan mestilah berkebolehan melarutkan komponen yang perlu diserap dengan baik. (FIZ, KEJ) absolute space-time absorbent absorber abstract number Kamus Sains.indb 4 7/8/08 11:44:42 AM 5 absorber (penyerap) Medium yang boleh menyerap tenaga atau jirim resin asetal) Hasilan termoplastik, iaitu poliformaldehid, polioksimetilena atau polikarbok- sana yang dihasilkan daripada pempolimeran penambahan aldehid. Resin ase- tal mempunyai ketahanan lesu dan ketahanan kimia yang tinggi, ciri elektrik yang baik dan bingkas yang sesuai digunakan dalam pembuatan gear, peng- gelek dan peralatan automotif. (KEJ) acetaldehyde (asetaldehid) Sebatian perantara dalam degradasi karbohidrat. Sebatian ini digunakan dalam berbagai-bagai jenis tindak balas
|
Kamus Thai 2.indb ก็ [k] ว juga, pun: ถ ้ าคุณไป ผมก ็ จะไป Kalau kamu pergi, saya akan pergi juga. หรือ Kalau kamu pergi, saya pun akan pergi. ก็ดี [-di:] ว pun baik juga: คุณอธิบาย เสียหน ่ อยก็ดี Anda terangkan sedikit pun baik juga. ก็ได ้ [-dai] ว pun boleh: น ั ่งเก ้ าอี้ ต ั ว ไหนก็ได ้ Duduk di kerusi mana-mana pun boleh. กก 1 [kok] น menderung: ชาวบ
|
Kamus Thai 2.indb น haram นอกจาก [-ca:k] สัน kecuali: ทุกคนนอน หมดแล ้ วนอกจากฉัน Semua orang sudah tidur kecuali saya. นอกใจ [-cai] ก curang: สามีที่ ดีต ้ อง ไม ่ นอกใจภรรยา Suami yang baik mesti tidak curang terhadap isteri. นอกชาน [-ca:n] น pelantar นอกเหนือ [-na] ว lebih daripada: เขาทำงานนั้นนอกเหนือจากที่ ได ้ สั่งไว ้ Dia membuat kerja itu lebih daripada yang diarahkan. นอง [n Saya tidak sangka akan bertemu de ngan Encik Mazlan di pasar raya. นึกว ่ า [-wa:] ก sangka: ฉันนึกว ่ าเขาดี ที่ แท ้ ก ็ เลว Aku sangka dia baik, rupa- rupanya jahat. นึ ่ ง [n] ก mengukus นุ ่ ง [nu] ก memakai: เขานุ ่ งโสร ่ งไปมัสยิด Dia memakai kain pelikat ke masjid. นุ ่ น [nun |
Kamus Thai 2.indb Empat bertanggungjawab atas kematian penunjuk perasaan di Takbai. รับรอง [-r:ng] ก 1 memperakui: อาจารย ์ ใหญ ่ รับรองว ่ าฮารนเป็นนักเรียนที่ ดี Guru besar memperakui bahawa Harun memang murid yang baik. 2 menyam- but: รัฐบาลเตรียมรับรองผู ้ นำจากต ่ างประเทศ Kerajaan membuat persiapan untuk menyambut pemimpin asing. รับรัก [-rak] ก membalas kasih: หญิง สาวคนนั้ นไม ่ รับรักใครเลย Gadis itu tidak membalas kasih mengundi: ในวันเลือกตั้ ง ทั่ วไปคนไทยจำนวนมากออกมาเลือกตั้ ง Pada hari pilihan raya, rakyat Thai bera- mai-ramai keluar mengundi. เลื่องลือ [lal:] ก terkenal: ชื่ อเสียง ของมหาวิทยาลัยฮาวาร ์ ดเลื่ องลือไปทั่ วโลก Nama baik Universiti Havard terkenal di seluruh dunia. เลือด [lat] น darah เลื่อน [lan] น 1 kereta luncur: กวาง เรนเดียร ์ ลากเลื่ อน Rusa kutub biasanya menarik kereta luncur. ก 2 meminda
|
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
|