Kata |
Takrif |
Sumber |
kelonggaran | keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelonggaran | 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
qasar | kelonggaran yg dibenarkan bagi musafir utk memendekkan solat fardu yg empat rakaat kpd dua rakaat dgn syarat yg dibolehkan: sembahyang ~. mengqasarkan memendekkan solat fardu yg empat rakaat kpd dua rakaat dgn syarat yg dibolehkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rukhsah | Ar kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat (spt memakan bangkai, memendekkan sembahyang dlm perjalanan, meninggalkan puasa ketika sakit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
qasar | Ar kelonggaran yg dibenarkan bagi musafir utk memendekkan solat fardu yg empat rakaat kpd dua rakaat (dgn syarat yg dibolehkan): sembahyang ~; mengqasarkan memendekkan solat fardu empat rakaat kpd dua rakaat dgn syarat yg dibolehkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamak I | Ar kelonggaran yg diberikan utk menghimpunkan solat fardu (dgn syarat yg dibolehkan): sembahyang ~; ~ takdim perbuatan menghimpunkan sembahyang (zohor dan asar, atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan pd waktu sembahyang yg pertama (zohor atau maghrib); ~ takhir perbuatan menghimpunkan sembahyang (zohor dan asar, atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan pd waktu sembahyang yg kedua (asar atau isyak); menjamakkan menghimpunkan dua solat (zohor dan asar atau maghrib dan isyak) dlm satu waktu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberi bertenggang | memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamak II | 1 lebih drpd satu; banyak. 2 kelonggaran yg diberikan bagi musafir utk menghimpunkan sembahyang dgn syarat tertentu: sembahyang ~. ~ takdim jamak yg dilakukan dgn menghimpunkan dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isyak) dan ditunaikan pd waktu sembahyang yg pertama (dlm waktu zuhur utk solat zuhur dan asar, dan dlm waktu maghrib utk solat maghrib dan isyak). ~ takhir jamak yg dilakukan dgn menghimpunkan dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isyak) dan ditunaikan pd waktu sembahyang yg kedua (dlm waktu asar utk solat zuhur dan asar, dan dlm waktu isyak utk solat maghrib dan isyak). menjamakkan 1 menjadikan banyak; menjadikan dlm bentuk jamak. 2 menghimpunkan dua solat, iaitu zuhur dan asar atau maghrib dan isyak, dlm satu waktu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
longgar | 1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memberi | 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
allowance | make ~(s) for, a. give concession, memberikan kelonggaran: we must make ~s for his youth, kita mesti memberikan kelonggaran krn usianya yg muda; b. allow for, mengambil kira, memperhitungkan: we must make ~s for the condition of the roads, kita mestilah mengambil kira keadaan jalan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
airline deregulation | nyahkawalan penerbangan | Pelancongan | Tiada | Kelonggaran pengawalseliaan peraturan penerbangan oleh sesebuah kerajaan. |
preferential system | sistem keutamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem perdagangan antarabangsa yang memberi kelonggaran cukai kepada beberapa negara tertentu yang mendapat keutamaan kerana menganggotai satu pertubuhan yang sama atau memiliki latar belakang yang sama dan sebagainya. Persetujuan ini diterima secara bersama untuk kebaikan ahli. Walaupun begitu, apabila mereka berurusan dengan negara lain di luar komuniti tersebut mereka akan dikenakan cukai yang berlainan kadarnya. Contohnya, anggota Kesatuan Eropah (EU) mendapat sistem keutamaan percukaian dalam perdagangan antara negara tersebut. |
incentive zoning | pengezonan insentif | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengezonan yang bertujuan untuk memberi kelonggaran dari segi kawalan perancangan terhadap guna tanah yang terpilih. |
preloading | prapembebanan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Melaras sedikit tekanan pada galas antigeseran untuk menghapuskan sebarang kelonggaran. |
state socialism | sosialisme negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Suatu sistem ekonomi yang memiliki ciri-ciri sosialis yang terhad, diperkenalkan di sesuatu kawasan, bahagian atau sektor tertentu oleh pemerintah. Dalam sistem ini, pemerintah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi, namun pada masa yang sama turut memberi kelonggaran kepada organisasi persendirian untuk melakukan kegiatan perniagaan. Sistem sosialisme ini dikawal selia oleh pemerintah dari dekat. Pada awal abad ke-20, kebanyakan negara di Amerika Latin mengamalkan sistem sosialisme negara. Contohnya, Mexico memperkenalkan gerakan reformasi agrarian khususnya di bahagian selatan negara tersebut. |
interpretation | tafsiran | Kesusasteraan | Tiada | Pemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud memberi makna. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
longgar | kelonggaran kalonggaan. | kedayan | |
Kamus Thai 2.indb untuk pojek itu sebanyak 3,000,000 baht. อนุรักษ ์ [anurak] ก memulihara, menjaga: เราต ้ องอนุรักษ ์ ทรัพยากรธรรมชาติ Kita mesti memulihara sumber semula jadi. อนุโลม [anulo:m] ก memberikan kelonggaran: ทางโรงแรมอนุโลมให ้ พวกเราคืน ห ้ องพักช ้ ากว ่ ากำหนดเล็กน ้ อย Pihak hotel memberikan kelonggaran kepada kami untuk mendaftar keluar lewat sedikit. อนุสาวรีย ์ [anusa :wari:] น tugu peringatan อเนก [ane:k] ว aneka อเนกประสงค ์ [-praso] ว serba guna: พวกเขาจัดประชุมที่ อาคารอเนกประสงค ์ Me
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kelonggaran | [ke.long.ga.ran] | کلوڠݢرن |
|
Tesaurus |
---|
| longgar (adjektif) | 1. Dalam konteks pakaian bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran, Berantonim dengan ketat
2. Dalam konteks skru, paku, bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut, Berantonim dengan ketat
3. Dalam konteks persahabatan bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan, Berantonim dengan erat
| Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran, |
|
|