Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Datuk Ying sering dimasukkan ke dalam hospital kerana tubuh badannya yang telah uzur. Pilih perkataan antonim bagi uzur. A. tenang B. cerdas C. muda D. sihat Apakah jawapan yang sesuai? | Antonim bagi perkataan uzur ialah D. Sihat | Tatabahasa | 06.05.2019 |
makna istilah uzur | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit 2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan 3. (kiasan) a. datang bulan, haid b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi. | Makna | 27.01.2011 |
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua. | 1) Antara kesan tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan uzur adalah tua. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
Salam, 1) Apakah ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus yang wajib dihadiri oleh pegawai atasan? 2) Bolehkah perkataan " Tuan/puan dijemput menghadiri bengkel tersebut tanpa uzur" ? digunakan untuk menjemput pegawai atasan dan kehadiran adalah wajib. | 1. Penggunaan ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus bergantung pada kursus yang hendak diadakan. 2. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pegawai /Semua pegawai wajib menghadiri kursus ini. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan ini? Mohon memberi penerangan yang lanjut. Pak Ali menebang pokok petai ____ di belakang rumahnya. A usang B lapuk C uzur D tua Teima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, hutan tua merujuk pada hutan yang pokok-pokoknya sudah tua. Bermakna, perkataan tua digunakan juga untuk pokok. Maka, Pak Ali menebang pokok petai tua di belakang rumahnya. | Istilah | 17.08.2014 |
SIHAT WAL AFIAT Khidmat Nasihat DBP pada 09/08/07 mentakrifkan ejaan yang betul ialah walafiat sebagai jawapan kepada soalan kategori Ejaan. Kemudian Khidmat Nasihat DBP pada 04/07/2013 mentakrifkan ejaan yang betul ialah wal afiat sebagai jawapan kepada soalan kategori Tatabahasa. Akhirnya, pada 03/08/22 Khidmat Nasihat DBP mentakrifkan pula Ejaan yang betul ialah walafiat sebagai jawapan kepada soalan kategori Lain-Lain. Jika wa dalam bahasa Arab bermaksud dan, adakah perkataan dan dieja bersambung dengan perkataan afiat sebagai walaifat (danafiat)? Definisi daftar kemasukan afiat: 1. pulih, sihat; sihat dan ~ (afiat) = sihat wal afiat ~ sihat (tidak uzur). Bagaimanapun, lain pula halnya pada perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dieja berasingan Wal Jamaah daripada Wa al-Jamaah Dan Jamaah . Mohon pencerahan. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), ejaan bagi kedua-dua frasa ini ialah Ahli Sunah Waljamaah dan sihat wal afiat. Wa atau wal ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud dan, lazimnya dieja rapat dengan perkataan yang bergabung dengannya, sama juga halnya dengan kata bismillah, assalamualaikum dan waalaikumussalam. Walau bagaimanapun, jika mengikut kaedah transliterasi, lazimnya dieja terpisah.
| Ejaan | 27.04.2023 |
|
Tesaurus |
---|
| uzur (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sakit: berpenyakit, gering, terlalu tua, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan aral: halangan, rintangan, gendala,
3. Bersinonim dengan datang bulan: datang kotor, datang haid, sakit bulanan,
4. Bersinonim dengan usang: buruk, lama, lapuk, lasam, terlalu tua,
| Kata Terbitan : menguzurkan, keuzuran, |
|
|