Kata |
Takrif |
Sumber |
aral | sesuatu yg menggendalakan atau menghambat; halangan; gendala: Kalau tidak ada ~, besok saya pergi. mengaralkan menyebabkan sesuatu tidak dpt dilaksanakan; menghalang; menggendalakan: Semoga tidak ada apa-apa yg ~ perjalanan kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aral gendala | = ~ melintang = ~ menggalang halangan yg datang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aral | sesuatu yg menggendalakan atau menghambat; halangan; gendala: Kalau tidak ada ~, besok saya pergi. | Kamus Pelajar |
aral | Ar halangan, gendala, rintangan: kalau tidak ada ~, saya akan datang; ~ gendala = ~ melintang = ~ menggalang halangan yg datang; mengaralkan menyebabkan ada aral, merintangi, menggendalakan: ~ sesuatu maksud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gendala | halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan; menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalanghalangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan; tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan ta-pak bangunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halangan | 1. aral, gangguan, rintangan, tegahan: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
araznya | sl aral: kalau-kalau bertemu dgn ~, jadi tiada sampai spt kehendak Duli Yang Dipertuan itu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhalangan | 1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yg menghalang (seseorang dll): jika tidak ~, esok saya akan datang; 2. sedang dlm keadaan berselisih (bermusuhan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
araz | ; araznya sl aral: kalau-kalau bertemu dgn ~, jadi tiada sampai spt kehendak Duli Yang Dipertuan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaralkan | menyebabkan ada aral, merintangi, menggendalakan: ~ sesuatu maksud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
intervene | if nothing (unforseeable) ~s, jika tdk /berhalangan, ada halangan, ada aral (melintang)/: I shall come tomorrow if nothing ~s, saya akan datang esok jika tdk berhalangan; 4. pass, berselang, berlalu: twenty-five years ~d between the two world wars, dua puluh lima tahun berselang antara dua perang dunia itu; during the years that ~d, dlm tahun-tahun yg berselang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
barring | prep 1. unless st happens, kecuali berlaku, /sekiranya, kalau/ tiada, /kalau tiada, sekiranya tiada/ aral (melintang): ~ rain..., kalau tiada hujan...; ~ accidents Ill be there before noon, kecuali berlaku kemalangan, saya akan sampai di sana sebelum tengah hari; 2. excepting, kecuali: everybody knew ~ Zaleha, semua orang tahu kecuali Zaleha. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wrong | adj 1. not intended or appropriate, a. (of choice, action, etc) salah: I know Ive made the ~ decision, saya tahu saya telah membuat keputusan yg salah; you must be careful not to make the ~ choice, kamu mesti berhati-hati supaya tdk membuat pilihan yg salah; b. amiss, the matter, [various translations]: whats ~ with you?, apa kena dgn kamu?; theyre very late. I hope theres nothing ~, mereka lambat sangat. Saya harap mereka tdk menghadapi apa-apa aral; is anything ~?, ada apa-apa masalah?; she has no sense of responsibility! Thats what is ~ with her, dia tdk ada rasa tanggungjawab langsung! Itulah yg salahnya dgn dia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
development constraints | halangan pembangunan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Aral, gangguan, rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak berwajib dalam proses membina, memajukan, mengembangkan dan memodenkan negara. Terdapat pelbagai bentuk halangan pembangunan seperti masalah sosial, kewangan, kemiskinan, pengangguran, inflasi, perpecahan dalam masyarakat, rasuah, teknologi dan lain-lain lagi. Rintangan dan halangan tersebut akan membantutkan usaha pihak pemerintah untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak dalam usaha membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, yang mana sepatutnya wang tersebut boleh dibelanjakan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dan pelbagai lagi kemudahan kepada masyarakat. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
aral | halangan. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
aral | [Öa.ral]/[a.ral] | عرل |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata aral |
|
|