Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyak buah perkara buah, Buah di rimba jangan dimakan; Banyak tuah perkara tuah, Tuah menimpa saya harapkan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke hutan pasang pelantik, Jaga denai tempat lalu; Tuah ayam tengok sisik, Tuah orang mana tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tun Kudu orang Melayu, Tun Tuah orang Melaka; Duduk termenung menanggung rindu, Mengenang tuan jauh di mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang belayar ke Majapahit, Anak katak tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Mana tercampak tidak terbuang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak raja bermain tombak, Kain dipakai labuh ke lantai; Tuah saya sepantun ombak, Malang di pantai pecah berderai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Raja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pinang tumbuh di parit, Pucuk rebung tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Di mana tercampak tidak terbuang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga.
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Pergi ke hutan pasang pelantik,
     Jaga denai tempat lalu;
Tuah ayam tengok sisik,
     Tuah orang mana tahu.



Lihat selanjutnya...