Kata |
Takrif |
Sumber |
terkabul | tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkabul | terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabul | 1 = terkabul tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. 2 setuju dgn; menyetujui: ~lah ia akan kehendak anaknya itu. mengabulkan membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan: Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. pengabulan perbuatan atau hal mengabulkan permintaan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kabul | 1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~ akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak hamba; 3. = ~ pd dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara; mengabulkan memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini; pengabulan perihal mengabulkan (permintaan dll); pengabul bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb (bkn Allah): Allah yg maha pengasih dan maha ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabul | 1 = terkabul tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. 2. setuju dgn; menyetujui:~lah ia akan kehendak anaknya itu. mengabulkan membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan: Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. pengabulan perbuatan atau hal mengabulkan permintaan dll. | Kamus Pelajar |
termakbul | diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
niat | 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, mengharapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon sesuatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, termaksud: Nahidah tidak ~ hendak mengkhabarkannya; niatan niat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makbul | 1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil: semua per-mintaannya sudah pun ~; 2. mustajab (ubat, jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada ~; memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres; termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lulus | 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ melalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: permohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah mendapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasukkan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucutkan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu sebelum diluluskan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, membebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kabul | terkabul takabul. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terkabul | [ter.ka.bul] | ترقبول |
|
Tesaurus |
---|
| kabul (kata nama) | 1. Dalam konteks pernikahan bersinonim dengan persetujuan, perkenan, penerimaan, perjanjian, kontrak,
2. Dalam konteks doa bersinonim dengan makbul, perkenan, persetujuan, kelulusan, keizinan, kerelaan,
| Kata Terbitan : mengabulkan, terkabul, pengabulan, |
|
|