Kata |
Takrif |
Sumber |
perkenan Duli Yang Maha Mulia | izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong utk melaksanakan sesuatu arahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkenan diraja | izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb utk melaksanakan sesuatu arahan atau utk menguatkuasakan sesuatu undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkenan | izin atau persetujuan yg diberikan oleh seseorang atau sesuatu pihak supaya sesuatu arahan dpt dilaksanakan. ~ diraja izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb utk melaksanakan sesuatu arahan atau utk menguatkuasakan sesuatu undang-undang. ~ Duli Yang Maha Mulia izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong utk melaksanakan sesuatu arahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkenan diraja | persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkenan | izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenan I | ; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; memperkenankan mengizinkan, meluluskan, menyetujui, memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan; perkenanan perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
izin | Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkenanan | perkenan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
restu | 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seizin | dgn kebenaran, dgn perkenan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
approbation | n (fml) 1. approval, commendation, (mem)perkenan; (preceded by nod, smile, etc) tanda berkenan: we hope our efforts meet with your ~, kami harap usaha kami akan tuan perkenan; his quick action earned him the ~ of his superior, tindakannya yg cepat itu diperkenan oleh ketuanya; a nod of ~, mengangguk tanda berkenan; 2. official approval, kebenaran, keizinan; (of royalty) perkenan(an): we must first obtain the ~ of the authorities, kita harus terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak berkuasa; the legislation received the royal ~, undang-undang itu mendapat perkenan diraja. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
assent | n 1. sanction, official consent, persetujuan; (of royalty) perkenan(an): royal ~, perkenanan raja; by common ~, dgn persetujuan ramai; (as a result of unspoken agreement) seolah-olah telah dipersetujui: appointment is by common ~, pelantikan dibuat dgn persetujuan ramai; by common ~ the audience rose and gave her a rousing ovation, seolah-olah telah di persetujui, para penonton bangun dan memberinya tepuk sorak yg bergemuruh; with one ~ (fml) sebulat suara; 2. hesitant agreement, acquiescence, persetujuan: to give os ~, memberikan persetujuan sso; give a nod of ~, mengangguk tanda bersetuju; 3. (mental) acceptance, penerimaan: his ~ to the doctrine, penerimaannya akan doktrin itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rila | rela; 1 dgn hati yg ikhlas menerima dll, berkenan, bersedia, sudi: ~ tudip sama rela hidup bersama, rela menjadi suami isteri; 2 izin, persetujuan, perkenan: menyabek ~ kuman tina tama memohon rela drpd ibu bapa; 3 memberikan dgn ikhlas hati, melepaskan, | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
perkenan | [per.ke.nan] | ڤرکنن |
|
|