Kata |
Takrif |
Sumber |
makbul | = termakbul diterima atau dikabulkan (apa-apa yg dipinta); berhasil; diperkenankan: Mudah-mudahan ~ permintaan anakanda itu. memakbulkan menjadikan makbul; menyampaikan (maksud dll); memperkenankan: Semoga Allah ~ doa saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mustajab | 1 dpt menyembuhkan (bkn ubat); mujarab: Ubat itu sangat ~ utk pening kepala. 2 makbul (bkn doa, permintaan dll); diperkenankan. memustajabkan menjadikan makbul (bkn doa, permintaan dll); memakbulkan; memperkenankan: Semoga Allah ~ doanya itu. kemustajaban keadaan mustajab; kemujaraban. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mustajab | Ar 1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dll), makbul: doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah; 2. bp mujarab: ubat yg amat ~ utk penyakit sengal; memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dll), memakbulkan, memperkenankan: pd hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah; kemustajaban perihal mustajab, kemanjuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makbul | 1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil: semua per-mintaannya sudah pun ~; 2. mustajab (ubat, jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada ~; memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres; termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memustajabkan | menjadikan makbul (bkn doa, permintaan dll); memakbulkan; memperkenankan: Semoga Allah ~ doanya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memakbulkan | menjadikan makbul; menyampaikan (maksud dll); memperkenankan: Semoga Allah ~ doa saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memustajabkan | menjadikan makbul (doa, permintaan dll), memakbulkan, memperkenankan: pd hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemakbulan | perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sidi II | 1. sl makbul atau diterima (doa, jampi, dll), sah: sah ~ pengajaran guruku; 2. Id anggota yg sah (dr gereja Kristian Protestan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkaul | berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hendaklah pd tempatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |