Kata |
Takrif |
Sumber |
kerelaan | keadaan rela (hati); keikhlasan (hati); keredaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerelaan | keikhlasan (hati), keizinan, kesudian, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerelaan | keadaan rela (hati); keikhlasan (hati); keredaan. | Kamus Pelajar |
keredaan | kerelaan: terhasil sebuah masyarakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maaf | 1. kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang drpd hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb), ampun: Omar meminta ~ drpd bapanya; memberi ~ mengampuni; 2. = maafkanlah ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa; minta ~ minta diampuni; bermaaf-maafan saling memberi ampun: Ros mengesat air matanya setelah ~ dgn Jamilah; memaafi memberi ampun (maaf) kpd, mengampuni: sekali dua dia boleh dimaafi; memaafkan mengampunkan kesalahan (kesilapan dll), tidak menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat; permaafan perihal bermaaf-maafan; pemaaf 1. orang yg rela memberi maaf (memaafkan); 2. bersifat suka memaafi atau memaafkan: dia seorang dermawan yg meren-dah diri, khusyuk, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesudian | rasa sudi; kerelaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesanggupan | 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berun-ding, maka ada harapan baik utk menyelesai-kannya dgn damai; 2. kebolehan, kemam-puan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keizinan | kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesudian | hal sudi; kerelaan. | Kamus Pelajar |
kesudian | perihal sudi, kemahuan, kerelaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
volition | n (fml) positive exercise of os will, kerelaan; of os own ~, dgn kerelaan hati sso sendiri: he joined the party of his own ~, dia menyertai parti itu dgn kerelaan hatinya sendiri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
willingness | n 1. readiness, kesanggupan: he does not show much ~ to work, dia tdk banyak menunjukkan kesanggupan utk bekerja; his ~ to help others, kesanggupannya utk menolong orang lain; 2. goodwill, kerelaan: she accepted the responsibility with great ~, dia menerima tanggungjawab itu dgn penuh kerelaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
show | he tried not to ~ his annoyance, dia mencuba tdk menunjukkan kejengkelannya; she has ~n her willingness to help on many occasions, beberapa kali dia telah menunjukkan kerelaan utk membantu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
against | 2. opposed in tendency, character to, /bertentangan, berlawanan/ dgn; (os wishes, will) tanpa: forced to act ~ his conscience, terpaksa bertindak bertentangan dgn kata hatinya; to be married ~ os will, berkahwin tanpa kerelaan hati sso; 3. in violation of, melanggar: an act that is ~ the law, perbuatan yg melanggar undang-undang; 4. that prohibits, melarang, menegah: is there a law ~ talking too much?, adakah undang-undang yg melarang orang bercakap terlalu banyak?; 5. in the opposite direction to, a. (current, tide, wind) melawan, menyongsong: he swam ~ the current, dia berenang melawan arus; b. (nap, hair, etc) menyongsong: to brush a hat ~ the nap, memberus topi menyongsong; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
accord | be in ~ with, a. (of information, statement, claim, etc) /selaras, sejajar, bertepatan/ dgn; b. (of person), /bersetuju, bersependapat/ dgn; be out of ~ with, tdk /selaras, sejajar, bertepatan/ dgn; of os own ~, dgn /kerelaan, kehendak, kemahuan/ sso sendiri; with one ~, a. (unanimously) dgn sebulat suara; b. (simultaneously), (dgn) serentak: to rise with one ~, bangun serentak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
passive | adj 1. inactive, not operating, pasif, tdk giat: a ~ member of the committee, ahli jawatankuasa yg pasif; ~ role, peranan yg pasif; 2. submissive, pasif; (of loyalty, submission, obedience) tdk berbelah bagi: in the past the untouchables accepted their lot in life with ~ resignation, pd masa lampau, kelas paria menerima nasib mereka dgn kerelaan yg pasif; the people will not remain ~ under such a rule, rakyat tdk akan terus pasif di bawah pemerintahan yg sedemikian; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
abduction | pemelarian | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan melarikan orang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Sinonim penculikan. |
abduction-murder | culik-bunuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian tersebut. |
abduction-rape | culik-rogol | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dirogol semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian tersebut. |
abduction-rape-murder | culik-rogol-bunuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dirogol lalu dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian itu, atau sebaliknya dibunuh lalu dirogol. |
child abduction | penculikan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan melarikan kanak-kanak dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. |
child abduction-murder | penculikan kanak-kanak-bunuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan melarikan kanak-kanak dengan cara pujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian tersebut. |
abolition without acceptance | pemansuhan tanpa kerelaan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Penamatan akad muzaraah yang dilakukan secara paksaan oleh satu pihak tanpa kerelaan pihak yang lain. Penamatan akad akan diputuskan melalui mahkamah atas permohonan pengusaha atau pemilik tanah. Contohnya, pengusaha ingin menamatkan akad kerana ketidakmampuannya meneruskan kerja atas sebab kesihatan atau alasan lain yang munasabah. Pembatalan akad tanpa kerelaan tidak boleh dilakukan oleh pemilik tanah sekiranya matlamat muzaraah belum tercapai walaupun atas alasan ingin menjual tanah kepada orang lain. |
human smuggling | penyeludupan manusia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang. |
volition | kerelaan | Perubatan | Tiada | Tindakan atau kesanggupan mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan untuk kebaikan diri pesakit itu sendiri. |
volition | kerelaan | Perubatan | Psikiatri | Kesediaan untuk mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan demi kebaikan diri pesakit itu sendiri. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kerelaan | [ke.ré.la.an] | کريلاءن |
|
Tesaurus |
---|
| rela (kata kerja) | Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;, | | Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan, |
|
|