Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Ikan lumba timbul tenggelam, Timbul tenggelam di Tanjung Jati; Tidak kutahan siang dan malam, Dalam tidur menjadi mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hanyut rakit batu tenggelam, Minyak ada berbuli-buli; Matahari sakit bulan demam, Itulah tanda dunia tak suci.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Batang buruk batang tenggelam, Kelemunting tumbuh di pintu; Ke sana kami sekarang malam, Pasik dinding buka di pintu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Galah tak sampai disambung dua, Lancang tenggelam kita berenang; Boleh jumpa dengan orang tua, Boleh abang kira meminang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Punah sudah si Lancang Kuning, Lancang tenggelam di Lubuk Pandan; Bisa sungguh pedangku ini, Bisa lagi mulutmu puan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut kelapa tidak tenggelam; Takut bukan sebarang takut, Takut kerana merangkak malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,

Puisi
 

Lancang tenggelam kita berenang,
     Sampai ke tepi terkena duri;
Boleh abang masuk meminang,
     Takut ayah tidak memberi.



Lihat selanjutnya...