Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan.

Sdr Azmanizan,

Frasa yang betul ialah jawapan no.(2)

1. Kapal itu tenggelam dalam lautan.

 2. Kapal itu tenggelam di lautan. 

(Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang  berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah  terbenam ke dalam laut tersebut  atau karam.

Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti  yang berikut:

  (a)   Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. 

  (b)   Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu.

Tatabahasa06.04.2009
Saya ingin bertanya, ayat yang manakah betul? Benda yang manakah tenggelam di dalam air? atau Benda yang manakah tenggelam dalam air? Jika ayat dalam air adalah betul atau sebaliknya, boleh tak tolong nyatakan sebabnya sekali? Terima kasih.Ayat yang betul ilah "benda apakah yang tenggelam di dalam air?". Perkataan "mana" merujuk pada pertanyaan lokasi atau tempat manakala "apa" merujuk kepada pertanyaan untuk benda.Tatabahasa15.12.2015
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah takJika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihKami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami.Tatabahasa28.01.2021
Ketika nelayan Kampung "Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan?Ayat ini betul cuma buang tanda pengikat katanya menjadi Ketika nelayan Kampung Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat. Tatabahasa08.08.2011
Assalamualaikum tuan/ puan, Mohon bertanya, bagaimanakah cara ataupun adakah apa-apa tip, bagi mengenal pasti sama ada konsonan pada satu-satu perkataan itu akan 'tenggelam' ataupun 'kekal wujud' apabila ditambahkan imbuhan di hadapannya. Contoh: 1. cinta = mencintai (huruf 'c' kekal wujud) 2. kagum = mengagumi (huruf 'k' tenggelam) Terima kasih.Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta.Tatabahasa27.02.2014
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul.

Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan.

 

Tatabahasa09.12.2008
Salam, mohon bantuan cadangan terjemahan perkataan "dip" dalam ayat berikut. We slam on the brakes and measure how far the hood dips. Apakah kata adjektif sesuai? Tenggelam, terbenam, melendut? Atau mungkin ada kata adjektif lebih tepat? Terima kasih.Lihat pada konteks penggunaan, khususnya konteks, fizikal dan maksud sebenar perkataan hood, jika penggunaannya di air, maka adjektifnya mungking tenggelam atau terbenam dan jika ia membengkok ke bawah maka sifatnya melendut.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2014
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009
Tolong betulkan terjemahan ayat ini: "Your training includes anything from natural disasters to shipwreck." Latihan anda termasuk apa-apa insiden dari bencana alam ke kapal tenggelam. Betulkah penggunaan "dari" dan "ke" dalam ayat di atas? Adakah ia sama seperti penggunaan, "Dari hujung rambut ke hujung kaki".Pasangan kata sendi yang betul ialah daripada...kepada dan dari...ke. Cadangan terjemahan bagi ayat "Your training includes anything from natural disasters to shipwreck." yang diberikan ialah 'Latihan anda merangkumi apa-apa sahaja daripada bencana alam kepada kapal karam.'Makna25.08.2021
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif
2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif
3) bedilan meriam - kata nama
4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif
5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif
6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap
6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja
7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja.
Tatabahasa27.03.2012
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,

Puisi
 

Lancang tenggelam kita berenang,
     Sampai ke tepi terkena duri;
Boleh abang masuk meminang,
     Takut ayah tidak memberi.



Lihat selanjutnya...