Kata |
Takrif |
Sumber |
apung | 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang; berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn perahu dll); 2. = terapung-apung; berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas permukaan air: nampak banyak kayu ~; mengapung 1. timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara; mengapungkan membuat supaya mengapung di permukaan air atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air; terapung tidak tenggelam; terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air; ~ sama hanyut, terendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung; ~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara); asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka; apungan 1. sesuatu yg berapung atau terapung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertukaran wang tanpa campur tangan drpd kerajaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas; keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung; pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yg besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampung | ; melampung tidak tenggelam; terapung di permukaan air. pelampung benda yg tidak boleh tenggelam; benda yg boleh terapung (utk penahan pancing, penahan orang berenang drpd tenggelam dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lampung | melampung tidak tenggelam; terapung di permukaan air. pelampung benda yg tidak boleh tenggelam; benda yg boleh terapung (utk penahan pancing, penahan orang berenang drpd tenggelam dsb). | Kamus Pelajar |
timbul I | 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd permukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr permukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk menggambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menyebabkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ perbalahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika timbul seketika tenggelam (spt benda yg diumbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifatnya yg kasar ~ rasa benci orang terhadapnya; 4. ki menyebabkan berlaku (terdapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (mengadakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ kerumitan menyebabkan terdapatnya kerumitan; ~ kesan buruk mendatangkan (mengakibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelanjaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menimbulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggelam punca | menjadi bingung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenggelam punca | menjadi bingung; ~ timbul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggelam (kehilangan) punca | tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggelam | 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. | Kamus Pelajar |
tenggelam | 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. | Kamus Pelajar |
tenggelam | menenggelamkan | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
submerge | ~ os, tenggelam: he ~d himself in work, dia tenggelam dlm kerjanya; she was absolutely ~d in the activist movement, dia benar-benar tenggelam dlm gerakan aktivis; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sink | vi 1. be submerged a. (in water) tenggelam; (of ship, boat, etc) karam, tenggelam: the corpse sank like a stone, mayat itu tenggelam spt batu; the ship sank and all hands were lost, kapal itu karam dan semua anak kapal hilang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go | ~ under, a. sink, tenggelam: the ship went under, kapal itu tenggelam; b. become bankrupt, menjadi bankrap: the family business went under, perniagaan keluarga itu menjadi bankrap; c. be known as, dikenali dgn nama: the daffodil also ~es under the name of Lent lily, bunga dafodil juga dikenali dgn nama Lent lily; d. hide os identity under the name of, menggunakan nama: the fugitive went under the name of Bloom, orang pelarian itu menggunakan nama Bloom; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
subside | b. (of the ground) tenggelam: mining had caused the earth to ~, perlombongan telah menyebabkan tanah itu tenggelam; c. (of building) makin turun: the building ~d because of bad foundations, bangunan itu makin turun disebabkan asasnya tdk kuat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
submerged | adj under water, tenggelam; (of submarine) berada di bawah permukaan air: the ship struck a ~ rock, kapal itu terlanggar batu tenggelam; the submarine remained ~, kapal selam itu terus berada di bawah permukaan air. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sunken | 3. submerged, /tenggelam, terbenam/ di dasar + approp n: the dark interior of the ~ wreck, bahagian dalam yg gelap bangkai kapal yg tenggelam di dasar laut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bob1 | n 1. short down-and-up movement, tenggelam timbul: I watched the ~ of his head as he swam, saya melihat kepalanya tenggelam timbul semasa dia berenang; 2. quick curtsy or bow, merendahkan diri sececah; give a ~, merendahkan diri sececah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eclipse | vt 1. obscure (heavenly body) melindungi: for a few minutes, the sun will be ~d by the moon, utk beberapa minit, matahari akan dilindungi bulan; 2. (fig.) overshadow, (act.) menyebabkan tenggelam; (pass.) tenggelam: she is ~d by her sister who is prettier and highly talented, dia tenggelam oleh kakaknya yg lebih cantik dan berbakat itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drowned | adj 1. killed by being submerged in water, mati lemas: the ~ passengers, penumpang-penumpang yg mati lemas; 2. submerged, tenggelam; ~ valley, lurah tenggelam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eclipse | n 1. (of sun, moon) gerhana: solar ~, gerhana matahari; 2. loss of brilliance, fame, importance, etc, tenggelam: Kiplings poetry, after a long ~, is being read again, setelah lama tenggelam, sajak-sajak Kipling dibaca semula; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
deadhead | kayu tenggelam | kayu tenggelam | kayu tenggelam | Perhutanan |
submergent vegetation | tumbuhan tenggelam | tumbuhan tenggelam | tumbuhan tenggelam | Perikanan |
submerged valley | lembah tenggelam | lembah tenggelam | lembah tenggelam | Perikanan |
submergent coast | pantai tenggelam | pantai tenggelam | pantai tenggelam | Perikanan |
sunk fence | pagar tenggelam | pagar tenggelam | pagar tenggelam | Pertanian |
sinking force | gaya tenggelam | daya tenggelam | daya tenggelam | Perikanan |
sinking feed | pakan tenggelam | diet tenggelam | makanan tenggelam | Perikanan |
submerged macrophyte | makrofita tenggelam | makrofit tenggelam | makrofit tenggelam | Perikanan |
submerged cage | kombongan, keramba tenggelam | sangkar tenggelam | sangkar tenggelam | Perikanan |
float-sink separation | pemisahan timbul- tenggelam | pemisahan timbul- tenggelam | pemisahan timbul- tenggelam | Kejuruteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sinking line | tali pancing tenggelam | Perikanan | Tiada | Tali pancing yang direka supaya mudah tenggelam bagi membolehkan umpan serangga tiruan tenggelam. Tali pancing jenis ini tenggelam pada kadar yang berbeza mengikut jenis ikan yang dipancing. |
submerged plant | tumbuhan tenggelam | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Tumbuhan tenggelam ini tumbuh dari dasar kawasan berair. Keseluruhan tumbuh-tumbuhan ini tidak akan berada di luar air. Contoh tumbuhan tenggelam ialah Vallisneria sp., Cabomba sp. dan Aponogeton sp. |
sand bar | beting pasir | Sains Marin | Tiada | Rabung pasir atau sedimen kasar yang tenggelam atau separa tenggelam yang terbina oleh arus dan gelombang luar pantai. Beting pasir juga dikenali sebagai beting pasir luar pesisir pantai. |
float | pelampung | Kejuruteraan | Petroleum | Unsur pasangan kawalan paras cecair yang direka sedemikian rupa supaya akan berfungsi apbila pasangan ini tenggelam seluruhnya tau tenggelam sebahagian saja di dalam cecair yang parasnya dikawal oleh pasangan yang berkenaan. Biasanya berbentuk separuh berekor bulat dengan dasar yang pipih. Dalam penggunaannya, umumnya pasangan ini akan dihubungkan dengan injap kawalan yang akan mengatur kadar aliran masuk atau aliran keluar cecair ke atau dari bejana yang bersangkutan. Dengan demikian, paras cecair di dalam bejana tersebut boleh dipertahankan pada takat yang dikehendaki. |
shoreline of submergence | pinggir laut tenggelam | Geografi | Tiada | Garis pesisir yang tenggelam akibat kenaikan aras laut atau penurunan aras daratan. |
sinkage platform | pelantar tenggelam | Kejuruteraan | Tiada | Pelantar atau kapal yang boleh timbul atau tenggelam untuk mengangkut struktur luar pantai atau kapal. |
sink tip | tikas tenggelam | Perikanan | Tiada | 1. Bahagian hujung tali pancing layang yang mudah tenggelam. Tali pancing sedemikian digunakan untuk memancing ikan di bawah permukaan air. 2. Kawasan sempit di antara tikas air pasang dengan air surut yang menjadi tempat tumpuan pemancing. 3. Jajaran sungai yang mempunyai sedikit arus. Jajaran ini menjadi tempat tumpuan pemancing kerana terdapat banyak ikan. Contohnya, di empangan. |
sinking-tip line | tali pancing separa tenggelam | Perikanan | Tiada | Tali pancing yang boleh terapung keseluruhannya kecuali bahagian hujung tali yang dipasang dengan umpan serangga yang bersifat mudah tenggelam. Tali pancing jenis ini sesuai digunakan untuk memancing di kawasan air deras atau di kawasan air tidak berarus. Jenis ikan yang menjadi tumpuan adalah daripada jenis yang agresif. |
submerged spring | mata air tenggelam | Hidrogeologi | Tiada | Mata air yang meluahkan airnya di bawah permukaan air bebas, sebagai mata air bawah laut atau mata air bawah tasik. Sin.: mata air bawah air, mata air tenggelam |
diving weight | pemberat selam | Perikanan | Tiada | Pemberat yang dilekatkan pada tali pinggang penyelam bagi memudahkan penyelam tenggelam di dalam air. Jumlah pemberat disesuaikan mengikut daya apungan penyelam dan saiz tangki skuba. Penyelam yang berbadan besar biasanya mempunyai daya apungan positif, oleh itu pemberat selam dalam kuantiti yang banyak diperlukan bagi membolehkannya tenggelam. Sinonim pemberat pinggang. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tenob | tenggelam | - | - | - | - | - | - | Bajau |
rembong | gelembung-gelembung udara yang keluar apabila sesuatu (menggandung udara) tenggelam dalam air. | - | - | - | - | - | - | Bajau |
sabut | kulit yang berserat (kulit nyiur, pinang dll) | bisabut | Bersabut | Nasip sabut timpoog kan neh batuh renteb | - | Untung sabut timbul kalau batu tenggelam. | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lenyed | tenggelam; 1 masuk terbenam ke dlm air dll: ~ samalah batou tenggelam spt batu; 2 terjerumus atau termasuk ke dlm, keadaan yg buruk, kesengsaraan dll: ~ lubeang uteang tenggelam dlm hutang; 3 ki sangat asyik hingga terlupa akan yg lain, mabuk: ~ lubeang k | Melanau Mukah | |
tenggelam | lengeg [lg] | Melanau Dalat | |
tenggelam | tinggalam. | kedayan | |
chechapai | tenggelam. | Iban | |
ke'teng | tenggelam | TETAW | |
karam | karam; 1 tenggelam, perahu, dll: ~ buyak ayad karam kena gelombang; 2 digenangi air; 3 ki tidak cukup makanan dlm sst majlis. | Melanau Mukah | |
apong II; ngapong | menyelamatkan (dr tenggelam); memungut benda yg hanyut dlm air (orang dll). | Iban | |
janem-janem, jana-janem | 1 kecepatan tenggelam sst ke dlm air, lumpur, dll; 2 ki berpergian dlm jangka waktu yg lama. | Melanau Mukah | |
tebep II | mendak lumpur pasir, habuk, dll yg tenggelam dlm sungai. | Melanau Mukah | |
sait I | alat (sauh) utk mengait benda yg tenggelam, pemarit. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ketam kelitak MSr | sejenis ketam bakau. | Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb านบทขอพร Majlis tamat dengan bacaan doa selamat. 2 mengakhiri: เขาจบ การเจรจาด ้ วยการเลี้ ยงอาหารว ่ าง Dia menga khiri perundingan itu dengan jamuan ringan. จม [com] ก tenggelam: ในที่ สุดเรือไททานิค ก็จมลงในมหาสมุทรนั้ น Akhirnya kapal Ti tanic tenggelam di dalam lautan itu. จมน้ำตาย [-namta:y] ก mati lemas: เด็กคนนั้ นจมน้ำตายในแม ่ น้ำ Budak itu mati lemas di dalam sungai. จมูก [camu:k] น hidung จร [c:n] ว
|
Kamus Thai 2.indb keluaran Syarikat Siam Yamaha. ผลิตภัณฑ ์ [-tapan] น barangan ผลีผลาม [pli :pla:m] ว gopoh-gapah ผลึก [palk] น kristal, hablur ผลุบ ๆ โผล ่ ๆ [plupplupplo:- plo:] ว tenggelam timbul: เรือที่ คว ่ ำลำนั้ น ถูกคลื่ นซัดผลุบ ๆ โผล ่ ๆ Perahu yang terbalik itu tenggelam timbul dipukul ombak. ผวา [pawa:] ก 1 ดู โผ ว 2 tersirap ผสม [pasom] ก 1 mencampurkan: เขากำลังผสมน ้ ำมันดีเซลกับน ้ ำมันก ๊ าซ Dia se- ผม ผสม Kamus Thai |
Kamus Thai 2.indb Orang kaya itu sanggup mengor- bankan semua hartanya untuk negara. 2 meninggalkan: บรรดาลูกเรือสละเรือเมื่ อเรือ ของพวกเขาใกล ้ จะจม Anak kapal itu me ninggalkan kapal mereka apabila ka- pal itu hampir tenggelam. สละสลวย [salasaluay] ว indah: นักปาถกฐานั้ นใช ้ ภาษาที่ สละสลวย Pemidato itu menggunakan bahasa yang indah. สลัก 1 [salak] น penyelak, selak: ช ่ างไม ้ กำลังติดตั้ งสลักประตูที่ แข็งแรงกว ่ า
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tenggelam | [teng.ge.lam] | تڠݢلم |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
tenggelam | sink | Sifat sesuatu objek yang masuk dan terbenam ke dasar air. | Sekolah Rendah |
tenggelam | sink | Keadaan sesuatu bahan yang berada di bawah permukaan cecair. Sesuatu objek akan tenggelam jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair. | Menengah Rendah |
terapung | float | Sifat sesuatu objek yang tidak tenggelam atau berada di permukaan air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sifat keapungan | buoyancy property | Sifat atau ciri yang membolehkan sesuatu bahan atau objek terapung atau tenggelam. Contohnya, sampan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
petenob | | tenggelam | Batu amun teniman ta taik petenob. | Batu kalau dibuang di laut akan tenggelam. | keadaan benda dan permukaan | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| tenggelam (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap, Berantonim dengan timbul
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem, Berantonim dengan timbul
4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,
5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus, Berantonim dengan muncul
| Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman, |
|
Puisi |
---|
|
Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi.
Lihat selanjutnya... |
|