Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SWIFT

Swift ialah nama biawak tertentu yang kecil, tangkas.

Ia hidup di kawasan yang kering, panas di Amerika

Syarikat, Mexico, dan Amerika Tengah. Biawak ini

mempunyai sisik dengan rabung dan hujung yang

tajam. Banyak swift mempunyai perut yang berwarna

biru terang dan sering dinamakan biawak perut biru.

Swift memakan serangga. Kebanyakan jenis swift

bertelur, tetapi sesetengah spesies melahirkan anak.

Pengelasan saintifik: Swift tergolong dalam famili

biawak Dunia Baru, Iguanidae. Ia adalah genus Sceloporus.

UMUM
PANGLIMA

PANGLIMA, gelaran yang diberikan kepada tokoh yang mempunyai sifat kepahlawanan seperti berani, bijak dan tangkas bermain senjata.  Seorang panglima mestilah sudah mengetahui dan mempelajari segala selok belok ilmu hulubalang.  Dalam kehidupan sehari-hari masyarakat tradisi Melayu, gelaran panglima lazim diberikan kepada individu yang berlagak atau mempunyai sifat dan ilmu tersebut.  Kadangkala seorang panglima juga dilantik menjadi ketua daerah atau angkatan perang dan pertahanan diraja kerana kegagahan dan ketaatannya.  Walau bagaimanapun 'panglima' lebih merupakan gelaran dan bukan pangkat yang tetap seperti laksamana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
OSELOT

Oselot ialah haiwan bersaiz sederhana dalam famili

kucing. Ia dikenali sebagai kucing harimau bintang

atau kucing harimau di Amerika. Panjangnya 105

hingga 120 sentimeter termasuk ekor, yang kira-kira

40 sentimeter panjangnya. Oselot tingginya 40 hingga

45 sentimeter pada paras bahu. Oselot hidup di

kawasan dari tenggara Arizona dan selatan Texas di

Amerika Syarikat, hingga ke Paraguay di Amerika

Selatan. Ia menghabiskan sebahagian besar hidupnya

di atas tanah, tetapi sering memburu di hutan dan

tangkas memanjat. Ia memakan tikus, tikus hutan,

arnab, ular, cicak, burung, anak rusa, dan monyet. Di

kawasan tropika, makanan kegemarannya ialah

agouti. Jika dipelihara sejak kecil, oselot boleh

dijinakkan dan menjadi haiwan kesayangan yang

sangat baik.

UMUM
SUNGAI PERAKSUNGAI PERAK, sungai kedua terpanjang di Malaysia iaitu lebih kurang 400 km.  Dari muara Sungai Perak hingga ke bandar Kuala Kangsar terdapat sebanyak 99 cawangan sungai.  Di tengah-tengah aliran sungai ini terdapat banyak pulau kecil.  Sungai Perak bermula dari Gunung Hulu Merah, yang terletak di sempadan Perak Thailand yang ketinggiannya melebihi 1000 m.  Cawangan utama Sungai Perak ialah Sungai Kinta, Sungai Batang padang, Sungai Bidor, Sungai Tangkas, Sungai Tiang, Sungai Pial, Sungai Kerunei, Sungai Temenggor, Sungai Pelus, Sungai Lenggong, Sungai Temelong dan Sungai Kangsar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SANG NILA UTAMASANG NILA UTAMA (        1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura).  Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba.  Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik.  Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik.  Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda.  Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka.  Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu Singapura (kota singa).   Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana.  Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1