Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DARWISY, AL- | Darwisy, al- ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Parsi yang bermaksud peminta sedekah atau pengemis. Bagi orang sufi, perkataan ini bermaksud orang yang zuhud. Orang yang bergelar al-Darwisy ini hidup susah dari segi makan, minum atau pakaiannya. | UMUM | |
MENGUAP | Menguap ialah perbuatan membuka mulut dengan luas, atau menganga untuk mengambil udara. Menguap biasanya disebabkan oleh mengantuk, letih, atau bosan. Menguap adalah satu tanda bahawa tubuh kita memerlukan tidur. Tindakan ini ialah satu gerak refleks luar kawalan. Apabila tindakan ini telah dimulakan, susah untuk memberhentikannya. Mulut boleh ditutup tetapi otot-otot yang berkaitan masih lagi mengecut. | UMUM | |
MOTIVASI | Motivasi lazimnya merujuk kepada apa sahaja yang menyebabkan seseorang itu bertindak atau berperilaku sebagaimana yang dilakukan pada sesuatu masa. Ramai orang mempunyai perasaan yang jelas terhadap bagaimanakah rasanya jika mereka dimotivasikan untuk melakukan sesuatu. Namun, ahli sains mendapati bahawa adalah amat susah hendak mendefinisikan motivasi. Apabila mengkaji motivasi, ramai di antara ahli psikologi dan ahli sains perilaku memfokus kepada dua aspek khusus perilaku yang dimotivasikan iaitu pembangkitan perilaku dan arah tujuan perilaku itu. | UMUM | |
STRIKNINA | Striknina ialah ubat yang pahit dan beracun, diperoleh daripada biji tumbuhan seperti pokok nux vomica yang terdapat di India dan Indonesia. Striknina terdapat dalam bentuk kristal tanpa warna. Pengambilan striknina dalam dos yang banyak boleh menyebabkan kes keracunan yang teruk, mengakibatkan seseorang itu menggeletar dan boleh mengancam nyawa. Sesetengah orang mendapat keracunan dengan tidak sengaja apabila mereka mengambil dadah yang mengandungi striknina. Tanda-tanda yang biasa ialah menyentak, susah menelan, dan opistotonos (badan tiba-tiba melentik ke belakang). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| susah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,
2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat
3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,
| Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan, |
|
Puisi |
---|
|
Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 323 Into every life a little rain must fall Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|