Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tak susah kalau merebat, Kirilah kanan pasang berlapik; Taklah susah kita mengubat, Ubatlah ada di tanganlah adik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Encik Esah pergi Merlong, Buah papaya dibikin wajik; Orang susah jangan ditolong, Kalau dah kaya kita diejek.
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tetaklah nipah bersusun nipah,
     Buluh muda pancung sekali;
Duduklah susah berdiri susah,
     Badanku muda langsung sekali.



Lihat selanjutnya...