Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bercabik kulit belumlah tentu, bercabik kain bolehlah.

Takrif

Belum dapat diharap dengan kerja yang susah-susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.

Takrif

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengusut mudah, menyelesaikan susah.

Takrif

Mencari perselisihan mudah sekali, mendamaikannya susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencabik mudah, menjahit susah.

Takrif

Mencari perselisihan mudah tetapi mencari perdamaian susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya.

Takrif

Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Takrif

Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.

Takrif

Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.

Takrif

Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai tanduk diberkas.

Takrif

Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mengepal pasir kering).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkuah air mata.

Takrif

Selalu menderita susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tetaklah nipah bersusun nipah,
     Buluh muda pancung sekali;
Duduklah susah berdiri susah,
     Badanku muda langsung sekali.



Lihat selanjutnya...