Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Batang meranti anak meranti, Batang sesah anak sesah; Tunggang mati tidakkan mati, Tunggang susah tidakkan susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Susah menyesah kain basah, Rama-rama terbang ke mari, Usah resah usah gelisah, Sama-sama jatikan diri.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Susah payah memetik kacang, Kacang ada di sawah bendang; Usah mengharap kasihnya orang, Ada musim baru bertandang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sungguh susah mencari terubuk, Apatah lagi menggunakan jala; Sungguh rendah hati si bongkok, Ke mana pergi menundukkan kepala.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh susah sakit meracau, Diubat orang pakai manisan; Sungguh indah kulit berpanau, Dilihat orang bagaikan lukisan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tetaklah nipah bersusun nipah,
     Buluh muda pancung sekali;
Duduklah susah berdiri susah,
     Badanku muda langsung sekali.



Lihat selanjutnya...