Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ogah-ogah di dalam bandul, Batang kelapa dalam padinya; Sungguh-sungguh tiada padul, Manakan lupa dalam hatinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Satu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh; Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Naik kuda pakai pelana, Kuda ditambat perdu buluh; Jangan tuan bena tak bena, Kalaulah sungguh katakan sungguh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tak tumbuh padi di pintu, Anak denak di hujung serambi; Kalau sungguh cakap itu, Sungguh benak hati kami.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan berakit kayu, Boleh ambo berakit buluh; Tiada dagang nak tanggung malu, Sungguh kasih teramat sungguh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu.
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.



Lihat selanjutnya...