Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebu takkan pahit rasanya.

Takrif

Orang yang sungguh-sungguh baik tidak akan berkelakuan jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.

Takrif

Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sungguh dioja, dipegang ekor.

Takrif

Harap-harap percaya tidak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sungguh bersubang tidak berdara.

Takrif

Wanita yang berpakaian elok, tetapi buruk kelakuannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sungguh berjanggut, tiada berjubah.

Takrif

Keadaan yang melebihi kenyataan yang sebenarnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.

Takrif

Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga.

Takrif

Sejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

Takrif

Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Takrif

Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjangkau sehabis tangan.

Takrif

Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.



Lihat selanjutnya...