Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Subuh-subuh orang mengaji, Supaya banyak dapat pahala; Sungguh-sungguh abang berjanji, Supaya tidak mendapat bala.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Subuh-subuh orang memindang, Supaya dapat pegi ke sawah; Sungguh-sungguh abang meminang, Supaya cepat kita menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ogah-ogah di dalam bandul, Batang kelapa dalam padinya; Sungguh-sungguh tiada padul, Manakan lupa dalam hatinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Satu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh; Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik kuda pakai pelana, Kuda ditambat perdu buluh; Jangan tuan bena tak bena, Kalaulah sungguh katakan sungguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh lemaknya pati santan, Masak sira buat sarapan; Aduhai lemahnya anak watan, Malas berkira masa depan.Pantun Melayu SarawakNasib
Sungguh banyak perahu pemukat, Sesudah berkayuh terasa letih; Sungguhlah bijak pemangku adat, Mana yang keruh menjadi jernih.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sungguh baik berbaju pandak, Pendeknya sedang dalam setara; Sungguhlah baik laku si pekak, Diejek orang didiamkan saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh lebar perigi batu, Dilangkahi orang tiada tetap; Sungguhlah sabar hati si bisu, Dimarahi orang tiada menjawab.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.



Lihat selanjutnya...