Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Ensiklopedia ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi, terdapat beberapa istilah yang sukar untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu (BM) contohnya proses pyrolysis. Apakah perkataan yang sesuai dalam BM untuk pyrolysis ini. Dalam carian kata tiada perkataan pirolisis / pyrolysis. Bagaimana dengan produk dari proses pyrolysis seperti minyak pyro. betul atau tidak. Mohon bantuanPyrolysis diterjemahkan kepada pirolisis dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kimia dan geologi. Istilah pirolisis telah diterima dan jika ada penemuan baharu berkaitan dengan pyro/pyrolysis istilah piro/pirolisis boleh diterima pakai. Penyemakan dan penterjemahan15.02.2018
1. Soalan-soalan ujian itu bukan sukar; cuma Ali tidak mengulang kaji pelajaran. Dalam ayat di atas, apakah kata nafi yang sesuai, bukan atau tidak? Adakah frasa pertentangan maksud terdapat dalam ayat tersebut? Harap dapat jelaskan.Kata nafi yang betul ialah tidak ... tidak sukar kerana kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif dan suka ialah kata adjektif. Tidak ada pertentangan maksud dalam ayat tersebut.Tatabahasa05.03.2012
saya ada 3 soalan : 1- saya ingin tahu jawatan-jawatan yang terdapat dalam setiap jabatan di dewan bahasa dan pustaka. hal ini kerana saya sukar untuk mengisi borang permohonan jawatan kerana tidak mengetahui jawatan yang terdapat di DBP. 2-saya pelajar dari akademi pengajian Melayu, UM dan akan menamatkan tempoh pengajian lebih kurang 4-5 bulan lagi. pengkhususan (major) saya ialah sosio-budaya Melayu dan minor saya ialah kesenian Melayu. saya ingin tahu dengan bidang pengajian saya, jawatan apa yang boleh saya pohon? 3-Dengan tempoh pengajian saya yang berbaki4-5 bulan lagi, bolehkah saya mengisi borang permohonan jawatan kosong dalam tempoh yang terdekat ini?

Salam,

1. Dimaklumkan setiap iklan kami ada menyatakan nama skim perkhidmatan/jawatan yang hendak diisi.

2. Di dalam iklan jawatan kosong DBP, kami ada menyatakan jenis kelayakan yang diperlukan untuk mengisi sesuatu jawatan. Antara jawatan di DBP yang sdr boleh mohon dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ialah Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 atau Pegawai Tadbir Gred N41.

3. Permohonan sesuatu jawatan hendaklah disertakan dengan segala kelayakan yang diperlukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan.

TK.

Lain-lain21.01.2009
Saya mencari maksud perkataan 'incapacitation' yang terdapat dalam bidang Criminology. Saya sedang membuat tesis dalam bidang berkaitan. Agak sukar mencari perkataan terjemahan dalam bahasa Melayu yang berbentuk satu perkataan sahaja. Contoh ayat dalam English ialah: "The concept of incapacitation is simple: a person cannot commit crimes while he is in prisonat least crimes against people outside of prison." Contoh lain: "Incapacitation theory holds that punishment should protect the community from the offender, either by confining her physically, or otherwise disabling her from committing future crimes." Sekian, terima kasih.

Berikut adalah makna yang terdapat dalam simpanan kami yang mungkin boleh dijadikan pnduan

  • vt 1. render incapable or unfit, disable, menyebabkan [sso] tdk berupaya: ill health ~d him for work, keuzuran menyebabkan dia tdk berupaya utk bekerja; 2. disqualify in law, menghilangkan kelayakan, menyebabkan [sso] tdk layak;
  • 'incapacitated' - adj tdk berupaya.
  •  

    Lain-lain02.12.2008
    Assalamualaikum, adakah pihak DBP boleh cetak semula atau terbit semula buku-buku yang pernah DBP keluarkan sebelum ini? terbitan semula tersebut untuk peribadi. Terdapat beberapa buah buku yang saya ingin DBP cetak semula kerana buku-buku tersebut sukar didapati pada waktu ini. Saya berharap pihak DBP dapat berbuat demikian kerana saya sangat berminat untuk membaca penulisan buku-buku tersebut. Dan berapakah kos cetak semula itu?Salam tuan, Permohonan Cetak Ulang Buku Terbitan DBP Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pihak tuan ingin memohon cetak ulang buku terbitan DBP: 1. Surat rasmi permohonan judul buku yang ingin dicetak ulang perlu dikemukakan kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. 2. Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP akan menyemak baki stok dan pasaran buku tersebut jika dicetak ulang. Sekian, terima kasih.Lain-lain14.02.2021
    Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Mohon pencerahan tentang perkataan yang dikatakan sebagai kata nama khas bagi mengganti maksud contohnya :- warga johor = johorean warga kelantan = kelantanese bekas pelajar st john = johannian Untuk makluman tuan/puan kebelakangan ini terdapat banyak pertubuhan/persatuan yang ingin mendaftarkan nama dengan perkataan-perkataan seperti di atas tetapi agak sukar untuk membuat keputusan kerana saya tidak pasti kesahihan penggunaan perkataan itu adakah tepat atau tidak tepat dikhuatiri salah dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi maksud rasmi. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

    Setakat ini belum ada data menunjukkan kata nama khas bagi mengganti maksud seperti yang dinyatakan. Penggunaan kata seperti warga Johor dan warga Kelantan yang betul penggunaannya.

    Sekian, terima kasih.
    Lain-lain28.11.2018
    Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( Vehicle Actuated ) dan sistem had masa ( Fix Time ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan.

    Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi.

    Lain-lain09.04.2010
    Nor Hazlin Ramli Nov 26th, 3:54pm Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, sekiranya diadakan jualan istimewa sempena akhir tahun dan cuti sekolah bagi pengguna online. Banyak ekspo-ekspo buku diadakan sekitar kawasan Kuala Lumpur. Bagi saya yang menetap jauh dari kawasan tersebut, kekangan masa dan beberapa faktor lagi tidak mengizinkan kesana. Semasa jualan gudang DBP pada tahun lepas, saya amat teruja kerana terdapat banyak buku-buku lama yang sukar untuk didapati di mana-mana kedai buku sekarang.Diharap pihak DBP dapat mendengar cadangan saya mewakili pembaca dan pembeli online.Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir.Lain-lain26.11.2015
    1
    Tesaurus
     
    sukar (adjektif)
    1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
    Berantonim dengan mudah

    2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

    3. Dalam konteks penyakit
    bersinonim dengan teruk, berat, payah,

    4. Dalam konteks sl
    bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
    Berantonim dengan mewah

    Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,