Kata |
Takrif |
Sumber |
bebel | Jk sukar mengerti, sukar belajar; ® bebal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat kepala | a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bodoh | sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bengap | 1 berasa pekak (sementara) disebabkan air masuk dlm telinga, selepas mendengar bunyi yg sangat kuat dsb. 2 agak bodoh (sukar mengerti atau menerima pelajaran). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bengap | 1. pekak (kerana masuk air dlm telinga dll); 2. tidak nyaring atau jernih bunyi (wang syiling dll); 3. sukar bercakap (kerana malu dll), gagap; 4. bodoh kerana sukar mengerti dan mempelajari sesuatu: kalau ~ sangat, tentu ITM tidak menerimakau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat | 1. tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu): cuba timbang supaya diketahui ~ barang itu; 2. tidak ringan, mempunyai tekanan yg kuat (kalau ditimbang): tidak terpikul olehku benda yg ~ itu; 3. sukar (dilakukan, diselesaikan, dsb), sulit, susah: kira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah; kerja dan tanggungjawab yg ~; 4. amat sangat, kuat: dia sakit ~; 5. menyebelah, memihak; ~ pd (kpd) memihak kpd; ~ sebelah menyebelah kpd satu pihak (tidak adil); 6. bkn novel, drama, dll yg mengisahkan perkara yg serius (spt pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dsb): novel Salina karya A. Samad Said ialah sebuah novel yg ~; 7. bkn kesalahan dll yg tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius: membunuh ialah satu kesalahan yg ~; azab seksa yg ~; 8. bkn sikap (pendirian dsb) yg sungguh-sungguh: Mohd Affandi memberi perhatian yg ~ kpd masyarakat dlm tulisannya ini; 9. bkn makanan yg (sangat) mengenyangkan: makanan ~ biasanya membuat kita mengantuk; ~ atom berat sesuatu atom berbanding dgn berat satu atom hidrogen; ~ hati a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; ~ kepala a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; ~ lidah = ~ mulut pendiam, kurang ramah; ~ mata (lekas) mengantuk; ~ otak susah hati; ~ siku = ~ tangan enggan bekerja (menolong), malas; ~ telinga pekak, kurang jelas pendengaran; ~ tulang malas; ~ sama dipikul, ringan sama dijinjing prb baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat); berapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul prb betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya; nan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing prb orang yg sangat tua dan lemah;berberat mempunyai berat: nanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram; memberat 1. menjadi berat: dia berasa sesuatu yg ~ di dlm dadanya; 2. tampak berat, seakan-akan berat: susu kambing itu tergayut-gayut dan ~; ~ isi Kl telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dll);memberati 1. memberi beban (kpd), membebani: baiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini; 2. menambah beban, menyusahkan: hal rumah tangga ~ fikirannya;memberatkan 1. menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dll): urusan yg semacam ini ~ beban saya; keterangan saksi itu ~ kesalahannya; 2. membebankan (menyerahkan kpd): pekerjaan itu tidak boleh diberatkan kpd seseorang sahaja; 3. menganggap penting (tinggi, mulia, dll), mengutamakan, mementingkan: soal taraf lebih diberatkan drpd kepentingan negara; tulisan kritikan sastera Melayu yg ~ aspek agama; memperberat menambah berat, memberatkan lagi; terberat sl dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dll): pd bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pd mata orang sekalian;keberatan 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya;berkeberatan keberatan;pemberatan perihal memberati atau memberatkan;pemberat benda (spt batu, timah, dsb) utk memberatkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salah I | 1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan yg benar; jawab-an kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. = bersalah berbuat se-suatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara; ~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~ ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~ (sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~ cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah agak; ~ hati susah (sakit, men-dongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~ kain ter-selak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha); ~ kata tidak betul perkata-annya; ~ kena tidak kena pd tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~ laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~ mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian); ~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~ piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati; c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~ teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b) berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah (men-jatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat; ~ wisel Id, bp salah faham; ~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan memun-tahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar; salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan bertentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) ber-salah: kadang-kadang dlm penyaringan ini semacam terjadi ~; menyalah 1. menyimpang (halanya), menye-leweng; 2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll), menangkis: Raja Ngah pun memejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan); menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll); menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll), meng-elakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal (tuduhan dll), tidak mengakui; mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan; tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; ketersalahan perihal (atau keadaan) ter-salah: ~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang; kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah; pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
temu I | bertemu 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; ~ dgn maut meninggal dunia, mati; ~ ketika Kl cukup semusim (sebulan, seminggu); ~ lutut a) duduk dgn merapatkan lutut; b) duduk rapat sekali (kerana ramai orang); ~ muka ber-hadapan muka, bersemuka; ~ waktu dr satu waktu hingga ke waktu yg sama pd hari yg lain (dlm sembahyang); menemu ark mendapat; tak ~ Jh tidak berjumpa; menemui 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, menziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), men-derita, merasai: perasaannya masih terlalu polos dan kurang mengerti akan kemungkinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; menemukan 1. = menemui mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. men-dapati atau menjumpai (sesuatu yg tersem-bunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; mempertemukan 1. membawa (menjadikan) supaya bertemu, menyemukakan: biar-lah engkau tolong ~ saya dgn dia, supaya saya bermaafan dengannya; Tuhan yg Maha Pengasih akan ~ aku dgn ayah; 2. mem-perhadapkan; 3. memperhubungkan, merapat-kan: kedua-dua belah hujungnya diper-temukan; 4. menyatukan kembali; 5. = ~ jodoh mengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan); pertemuan 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkumpul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkumpulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkahwinan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; penemuan 1. perihal menemui atau menemukan: pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2. sesuatu yg didapati (ditemui): beliau telah membuat beberapa ~ dlm bidang kimia; penemu orang yg menemui (alat baru dll); ketemu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kamus Parsi.indb جس )sajde( هدجس )saḥāb, abr( ربا ،باحس )saḥar( رحس )sakht( تخس )sokhan( نخس )sokhanrān( نارنخس hijau sayur ringan misai selepas bintang tapak sulaiman komet tiang sejadah sujud awan fajar susah, sukar kata, ucapan pensyarah, pemidato, penceramah green vegetables light moustache then star star fish comet pillar prayer mat prostration cloud dawn difficult word, speech lecturer, speaker نارنخس زبس Kamus Parsi.indb ندرک توف )fowt kardan, mordan( )fowrī( ىروف )fahmīdan( نديمهف musim dingin, musim salji aktif kata kerja hanya, sahaja fakir, miskin rahang pemikiran berfikir falsafah lada seruling cawan mati segera faham, mengerti winter active verb only poor jaw thought to think philosophy pepper flute cup to die immediate to understand نديمهف ناتسمز لصف Kamus Parsi.indb 106 5/18/11 9:02
|
|
Tesaurus |
---|
| sukar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam, Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat
3. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, berat, payah,
4. Dalam konteks sl bersinonim dengan miskin, daif, melarat, Berantonim dengan mewah
| Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran, |
|
|