Kata |
Takrif |
Sumber |
membangkit-bangkit | membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membangkit | 1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat: ~ lukah yg ditahan; 2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dll): ~ marah; 3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; 4. Mn memungut (menggali) hasil kebun dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usai | 1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudah-sudah | telah lalu (lampau): bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tua I | 1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasukkan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya memekik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu bermuafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan mengikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. mengepalai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkit | 1. jaga drpd tidur; 2. berdiri drpd duduk atau tidur: ia ~ drpd duduk; 3. hidup kembali: ~ dr kubur; 4. naik (ke udara): debu ~ ke udara; 5. terbit, datang (keadaan, perasaan dll); ~ gilanya datang gilanya; ~ marahnya terbit marahnya; ~ hatinya timbul keberaniannya; 6. kembang, muai (adunan): kek yg saya buat tidak ~; 7. sedar dan bergerak utk mencapai kemajuan, sedar dan maju;berbangkit 1. timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dsb); perkara ~ perkara (hal atau soal) yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yg lalu; 2. berbalik (bkn penyakit); membangkit 1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat: ~ lukah yg ditahan; 2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dll): ~ marah; 3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; 4. Mn memungut (menggali) hasil kebun dll;membangkitkan 1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera;bangkitan 1. = bangkit-bangkitan soal lama yg dibongkar-bongkar; 2. Mn hasil tanaman; 3. ucapan-ucapan bomoh utk membangkit orang halus (dlm permainan puteri);kebangkitan 1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri;pembangkitan perihal (perbuatan, kegiatan, dsb) membangkitkan sesuatu atau seseorang;pembangkit 1. orang yg membangkitkan (perkara lama dll); 2. alat yg membangkitkan; ~ tenaga elektrik Id alat yg membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudah | 1. telah siap sedia, lengkap, selesai: surat itu pun ~lah; 2. habis, berakhir; 3. = sudah-sudah telah lalu (lampau): bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang; 4. telah berlaku (terjadi), telah: dan lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal lagi dlm sungai; 5. = sudahlah cukuplah (dgn yg demikian itu), padalah: ~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi! 6. memang begitu (keadaannya, halnya, dll), sememangnya: bagaimana boleh kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang; 7. = sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya, kemudiannya: yg hidup itu sedia akan mati juga ~nya; sesudah, sesudahnya setelah sudah, sehabis, selepas, setelah: ~ minum mereka pun berpisah; sesudah-sudah, sesudah-sudahnya sehabis-habisnya (melakukan sesuatu), sekehendak hatinya, semahu-mahunya; bersudah ada sudahnya (akhirnya, penghabisan); bersudah-sudah telah putus atau habis (persahabatan, perhubungan, keluarga, perkahwinan, dll); menyudahi 1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dll), menghabisi: ia ~ nasihatnya dgn umpatan; 2. menunaikan (permintaan, keinginan, dll), memenuhi; 3. ki menamatkan riwayat, membunuh; ikhtiar menjalani, untung ~ prb utk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib; menyudahkan, mempersudahkan 1. mengerjakan hingga habis (pekerjaan, tugas, dll), menyempurnakan, menyiapkan: mereka akan berlumba-lumba utk ~ sesuatu kerja; 2. menjadikan berakhir, menamatkan: patik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu; 3. mencari penyelesaian (masalah dll), menyelesaikan: salin dan sudahkan kira-kira di bawah ini; kesudahan 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah; berkesudahan berakhir (dgn), berkeputusan, berakibat: Ramlah sakit keras kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~; kesudah-sudahan akhir-akhirnya, kemudiannya: maka ~ iaitu kelak memberi mudarat kpd nyawa; penyudahan perihal menyudahkan, penyelesaian, penyempurnaan; penyudah yg akhir sekali, penutup (percakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalu I | 1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan perjalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikutnya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, meneruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (perbuatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampunkan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlalu | 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telah I | 1. kata yg menyatakan perbuatan dll yg lampau (sempurna, selesai), sudah: mereka ~ menjadi suami isteri; 2. sl sebaik sahaja, apabila: syahdan, ~ sampailah surat itu, maka segera dibalasnya; setelah sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalanan; ~ itu, lori itu melanggar saya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bygone | n masa /lampau, lalu/: lets not talk of ~, jangan kita bercakap ttg masa lampau; let ~s be ~s, yg lepas jangan dikenang, yg sudah itu sudahlah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conjure | ~ up, a. cause to appear by invocation etc, menjelmakan: to ~ up the spirits of the dead, menjelmakan roh orang yg sudah mati; b. cause to remember, /mengingatkan sso, membawa ingatan sso/ kpd: the music ~ up memories of the past, muzik itu membawa ingatannya kpd kenang-kenangan masa lampau; c. create a mental picture, mewujudkan bayangan [sst]; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
orthodoxy | faham ortodoks | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah. |
homogeneity | kehomogenan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang bersifat sepunya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti nilai, adat, bahasa, agama, jenis pekerjaan, pendidikan dan kelas. Dalam masyarakat ini, hierarki wujud dari segi fungsi seperti perbezaan umur, kekeluargaan dan kekerabatan. Masyarakat homogen ini tidak mempunyai kemajmukan dalam amalan kebudayaan. Mereka mempunyai satu identiti serta latar belakang dan cara hidup yang sama antara satu dengan yang lain. Masyarakat ini sudah semakin sukar diperoleh kesan daripada modenisasi yang semakin tinggi. Sifat homogen ini lebih banyak terdapat dalam masyarakat lampau atau terpencil khususnya pada zaman tradisional seperti masyarakat Nuer di Sudan atau masyarakat Trobriand di Papua New Guinea pada awal abad ke-20. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lipaih | lewat; 1 lampau, habis, selesai: musim suloh ngak ~ baruklah kaul musim tengkujuh sudah lewat barulah kaul; 2 lanjut, lebih drpd yg patut dll, larut: bah inan mija yen kudok jelawaih a mahou wak ngak ~ umuor di balik meja itu duduk seorang perempuan yg su | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb memulakan sesuatu proses yang digantung atau belum bergerak. 2. Lihat start button. (KOM) activated carbon (karbon teraktifkan) Lihat activated charcoal. (KIM) activated charcoal (arang teraktifkan) Arang yang telah dikenakan pemanasan lampau dengan stim untuk mengelu- arkan gas terjerap dan meningkatkan keupayaan penjerapannya. Sinonim acti- vated carbon. (KIM) activated diffusion (resapan teraktif) Resapan yang menjadi aktif dengan kehadiran sesuatu bahan pemangkin atau Bahan penjerap mempu- nyai kebolehan untuk memeluwap atau memerangkap molekul bahan lain pada permukaannya. Bahan ini boleh didapati dalam bentuk bahan semula jadi atau sintetik. (KEJ) adult (dewasa) Seseorang yang sudah mencapai pertumbuhan fizikal yang sempurna atau matang. (UBAT) adulterant (bahan noda) Bahan kimia atau bahan lain yang dicampurkan kepada sesuatu cecair atau pepejal. Dari segi undang-undang, bahan ini seharusnya
|
Kamus Thai 2.indb untuk me- layan mereka. รับประกัน [-prakan] ก menjamin: ผู ้ บัญชาการตำรวจรับประกันความปลอดภัยของ พยาน Ketua Polis menjamin kesela- matan saksi. รับประทาน [-prata:n] ก makan: ผู ้ จัดการออกไปรับประทานอาหารกลางวันแล ้ ว Tuan Pengurus sudah keluar makan tengah hari. รับปาก [-pa:k] ก berjanji: เด็กคนนั้ น รับปากว ่ าจะไม ่ กระทำความผิดนั้ นอีก Budak itu berjanji tidak mahu melakukan kesalahan itu lagi. รับผิดชอบ [-pitc:p] ก ก membalas kasih: หญิง สาวคนนั้ นไม ่ รับรักใครเลย Gadis itu tidak membalas kasih sesiapa pun. รับราชการ [-ra:tcaka:n] ก berkhid- mat dengan kerajaan: ฉันรับราชการมาแล ้ ว 25 ปี Saya sudah berkhidmat dengan kerajaan selama 25 tahun. รัด รับ Kamus Thai 2.indb 316 4/15/2008 11:12:04 AM ร 317 รับรู ้ [-ru:] ก mengambil tahu: เขาไม ่
|
Kamus Thai 2.indb กระชั ้ น [kracan] ว dekat, hampir: คุณพ ่ อรีบสร ้ างบ ้ านให ้ เสร็จเพราะฤดูฝนกระช ั ้น เข ้ ามา Ayah cepat-cepat menyiapkan ru- mah kerana musim hujan sudah dekat. กระชับ [krachap] ก 1 mengeratkan: ร ั ฐบาลกระช ั บ ความส ั มพ ั นธ ์ ก ั บประเทศเพื่ อนบ ้ าน Kerajaan mengeratkan hubungan de ngan negara-negara muzik itu harmoni dan sedap didengar. กลมกลืน [-kl:n] ว 1 sebati: เมื่ อส ่ วน ผสมของแป ้ งกลมกลืนก ั นแล ้ วควรเก็บไว ้ ในตู ้ เย็น 15 นาที Apabila sudah sebati, adunan tepung itu hendaklah disimpan selama 15 minit di dalam peti sejuk. 2 sedon- don: เขาใส ่ ผ ้ าคลุมเสื้ อผ ้ าและร ้ องเท ้ าที่ กลมกลืน ก |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
Puisi |
---|
|
Limbai-limbai naik ke lampau, Anak raja datang bersembah; Kalau sudah budi terlampau, Bukannya kurang makin bertambah.
Lihat selanjutnya... |
|