Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sekiranya ada tanda petik bagi frasa dalam ayat; "Membawa makna kepada jiwa." Soalan; Adakah noktah selepas jiwa berada di luar tanda petik atau di dalam? | Tanda petik digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Penggunaan tanda petik yang betul dalam ayat tersebut ialah "Membawa makna kepada jiwa." Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2005), halaman 77. | Lain-lain | 30.04.2025 |
Sekiranya terdapat lebih dari satu kata hormat yang perlu digunakan pada surat rasmi adakan perlu jarakan atau tidak bagi setiap kata hormat tersebut. Contoh: YBrs.Dr/Tuan/Puan atau YBrs. Dr / Tuan / Puan | Kata panggilan hormat dalam penulisan surat rasmi yang dipisahkan menggunakan tanda garis miring (/) tidak perlu dijarakkan. Contohnya, YBrs. Dr./Tuan/Puan. | Tatabahasa | 14.02.2025 |
Sekiranya jarak masa 6 bulan dipanggil setengah tahun, dan jarak masa 3 bulan dipanggil sukuan tahun, jadi apakah nama/terma sesuai bagi menjelasakan jarak masa 4 bulan? Saya sedang menyediakan laporan di mana pelaporan perlu dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun (setiap 4 bulan), jadi saya memerlukan terma yang tepat bagi menjelaskan jarak masa 4 bulan bagi tempoh masa berikut Januari - April; Mei - Ogos; dan September - Disember Penjelasan tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai | Tidak semua penggalan masa dinamakan bagi merujuk tempoh masa tertentu, kecuali yang lazim digunakan seperti suku tahun dan setengah tahun. Kami mencadangkan untuk tempoh berkala seperti Januari - April, Mei - Ogos, dan September - Disember dikenali sebagai empat bulan pertama, empat bulan kedua dan empat bulan terakhir tahun semasa. | Lain-lain | 24.12.2024 |
Sekiranya perkataan bahasa Melayu dan diikuti perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan, perlukah perkataan inggeris tersebut diitalic kan? contoh : Peti Pembekal (Feeder Pillar) | Perkataan bahasa Melayu yang diikuti dengan perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan tidak perlu diitalikkan perkataan bahasa inggeris tersebut tersebut. Hanya perkataan bahasa Inggeris tunggal dan tidak dalam kurungan sahaja perlu diitalikkan. | Ejaan | 03.07.2023 |
Sekiranya saya ingin menulis nama dengan gelaran Dato' Ir. Ts. Ahmad Firdaus bin Kamarazaman dalam huruf besar, bagaimanakah cara yang betul. Adakah DATO' Dr. Ir. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN atau DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN? Gelaran Dr. dan Ir. tersebut dalam huruf besar atau huruf kecil? | Penggunaan yang betul ialah YBHG. DATO' DR. IR. AHMAD FIRDAUS BIN KAMARAZAMAN. | Lain-lain | 11.11.2022 |
Sekiranya papan iklan hanya menggunakan bahasa Inggeris tetapi pihak DBKL mohon dihantar kelulusan DBP, perlukan menggunakan dwibahasa. Gambar dilampirkan untuk rujukan tuan. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyemak iklan dalam bahasa Inggeris sahaja. Oleh itu, sila berikan padanan bahasa Melayu bagi setiap perkataan bahasa Inggeris (dwibahasa) yang terdapat pada iklan tersebut. | Lain-lain | 05.02.2021 |
Sekiranya pegawai menurunkan tandatangan bagi pihak pegawai atasan dalam surat rasmi, adakah perlu nyatakan jawatan pegawai tersebut selepas nama? | Untuk makluman tuan/puan, cara menulis nama orang yang menandatangani surat mengikut buku Gaya Dewan terbitan DBP adalah seperti yang berikut: Saya yang menjalankan amanah, (ROSZIANWATY BINTI xxx) Ketua Bahagian ... (jawatan) b.p. Ketua Pengarah Untuk makluman tuan/puan juga, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. | Lain-lain | 06.10.2020 |
sekiranya perkataan sdn. bhd. berada di hujung ayat, perlukah diletakkan tanda noktah satu lagi? contoh : Saya ingin bekerja di Syarikat Amanjaya Sdn. Bhd.. | Perlu ada tanda titik -Saya ingin bekerja di Syarikat Amanjaya Sdn. Bhd.. | Ejaan | 03.09.2020 |
Sekiranya saya ingin merujuk kepada 'a small pack of batteries/cigarettes' dalam Bahasa Melayu, yang manakah lebih tepat? Satu paket atau satu peket bateri/rokok? Atau kedua-duanya boleh digunakan? | Penggunaan yang betul ialah satu peket bateri/rokok. | Tatabahasa | 25.12.2019 |
Sekiranya mahu menggunakan kependekan, apakah kependekan yang sesuai untuk perkataan "Tajuk"? Taj./Tjk? Saya tidak menjumpai apa-apa rujukan setakat ini. Boleh saya mereka kependekan sendiri? | Tidak ada kependekan untuk tajuk. Pihak kami cadangkan perkataan "tajuk" dieja penuh. | Ejaan | 24.07.2019 |
|
Tesaurus |
---|
| kira | 1. Bersinonim dengan pendapat ( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan taksiran ( hitungan, anggaran, jangkaan, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan peduli ( hirau, endah, parwah, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira, |
|
Peribahasa |
---|
| 355 Man proposes, God disposes Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan “If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|