Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuGlosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
raba Itekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (me­me­gang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak me­lihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba muka­nya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perem­puan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan me­nge­luar­kan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan se­suatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawab­annya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselin­dung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakai­annya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan hidupcubaan atau ujian hidup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dugaan Allah (Tuhan)sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dugaan1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dugaan syaitanujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan hidupki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup;Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan Tuhansesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang;Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan Allah= ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang;Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan1. sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku di luar ~ saya. 2. cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ hidup cubaan atau ujian hidup.Kamus Pelajar
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dugaan