Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelip-kelip api di kapal, Baru sedar pasang pelita; Air mata jatuh ke bantal, Baru sedar menanggung derita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cadar dihampar di atas padang, Bakar setanggi bunga kecubung; Sedar diri dagang menumpang, Tinggi pipi dari hidung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak pipit terbang seratus, Mari hinggap di tapak tangan; Tak sedar kainku putus, Tuan tak kulepas kepada tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Riang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga selasih dibawa melayang, Bunga pudak dalam padi; Orang kasih saya tak sayang, Baru sedar dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan nyala sembarang nyala, Nyala berlesau terbakar duri; Bukan gila sembarang gila, Gila sasau tak sedar diri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Budak menembak tiga sekawan, Sagun berderai di atas tikar; Pesan saya lupalah jangan, Lupalah jangan di dalam sedar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari teluk ke Tanjung Tamping, Anak Riau memanjat pagar; Sudah terpeluk pinggang yang ramping, Hari siang haram tak sedar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
sedar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek,
Berantonim dengan tidur

3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung,
Berantonim dengan jahil

Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar,

Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
    tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.



Lihat selanjutnya...