Kata |
Takrif |
Sumber |
terjaga | 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjaga | 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjaga | 1. terbangun (drpd tidur); terkejut:Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2. terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. | Kamus Pelajar |
kekau | terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut dll); terkekau-kekau sekejap-kejap terkejut (terjaga) drpd tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbangun | terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dll): dia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkejut | 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bangun I | 1 bangkit drpd duduk atau drpd baring: Dia ~ dr kerusi malas lalu berdiri di jendela dan melihat ke luar. 2 terjaga drpd tidur; bangkit drpd tidur: Hari sudah siang tetapi Ali belum ~ lagi. 3 menjadi cair kembali (ttg minyak yg beku): Panaskan minyak ini supaya ~. membangunkan 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terurus | sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpelihara | 1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll, terselamat: ~ drpd segala bahaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjamin | tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
awake | ~ to, a. emerge from sleep (hearing or seeing st) terjaga: I awoke to the chirping of birds, saya terjaga lalu terdengar akan kicauan burung; b. become conscious of, (mula) menyedari: it is time he awoke to the realities of life, sudah tiba masanya dia menyedari kenyataan hidup; ~ so. to, menyedarkan sso ttg: we managed to ~ him to the fact that it was a futile cause, kami dapat menyedarkannya ttg kenyataan bahawa perjuangan itu sia-sia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
awake | vi 1. emerge from sleep, terjaga; 2. become active, berbangkit: the hope that her son was still alive awoke in her once again, harapan bahawa anaknya masih hidup berbangkit semula di dlm hatinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dream | n 1. sequence of images experienced during sleep, mimpi: to wake up from a bad ~, terjaga dr mimpi yg menakutkan; sweet ~s!, mimpi manis!; 2. daydream, khayalan, lamunan; ~ world, alam /khayalan, impian/; 3. state of mind in which one is abstracted, khayalan: he has been going about in a ~ since he fell in love, dia hidup dlm khayalan sejak dia jatuh cinta; 4. (ideal) idaman, impian; (aspiration) impian: the man of her ~s, lelaki idamannya; his ~ was to become a millionaire, impiannya adalah utk menjadi seorang jutawan; the car of your ~s, kereta impianmu; 5. (colloq) so. or st which is very beautiful, enjoyable, wonderful, etc, [various translations]: she was a ~ in white lace, dia spt bidadari dgn pakaian baju renda serba putih; the house was really a ~, rumah itu betul-betul spt mahligai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
honk | n 1. sound (of car horn) bunyi pon(-pon): the ~ of the car horn woke me, bunyi pon kereta membuat saya terjaga; 2. cry (of wild goose etc) bunyi ang: the ~s of geese greeted us as we came through the gate, bunyi ang angsa menyambut kami sebaik sahaja kami masuk melalui pintu pagar itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insistent | b. (rel to persons action, behaviour) mendesak: we finally gave in to his ~ demand for a rehearing, kami akhirnya mengalah pd permintaannya yg mendesak agar kesnya didengar semula; 2. (of sound, noise) tdk henti-henti: the shrill, ~ ringing of the telephone woke him from his sleep, bunyi nyaring deringan telefon yg tdk henti-henti menyebabkan dia terjaga drpd tidur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frantic | adj 1. desperate, a. (of person) spt hendak gila: the worry is driving me ~, kerisauan itu membuat saya spt hendak gila; a ~ mother searching for her lost child, ibu yg spt hendak gila mencari anaknya yg hilang; he was ~ with grief, dia spt hendak gila krn terlalu dukacita; b. (of cry, gesture, etc) kegila-gilaan: her ~ cries for help went unheeded, jeritannya yg kegila-gilaan meminta pertolongan tdk diendahkan; a ~ pounding on the door woke me up, tumbukan kegila-gilaan pd pintu menyebabkan saya terjaga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
parasomnia | parasomnia | Perubatan | Psikiatri | Sebarang gangguan semasa tidur yang dialami oleh seseorang, sama ada dalam keadaan separuh sedar atau semasa pertukaran antara terjaga dengan tidur. |
paroxysmal nocturnal dyspnea (PND) | dispnea paroksismal nokturnal (PND) | Kejururawatan | Tiada | Keadaan sesak nafas yang berlaku secara tiba-tiba pada waktu malam, yang menyebabkan pesakit terjaga daripada tidur. Keadaan ini berlaku akibat kegagalan ventrikel kiri. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
pungkau | terjaga dari tidur | - | - | - | - | - | - | Bajau |
pusik | bergerak-gerak sebelum terjaga dari tidur | - | - | - | - | - | Sifat dan Perbuatan | Bajau -> Bajau Tuaran |
pusik | bergerak-gerak sebelum terjaga dari tidur | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kapau, kapau-kapau, kapa-kapau | 1 terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba, kekau, terkekau-kekau; 2 tergesa-gesa. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terjaga | [ter.ja.ga] | ترجاݢ |
|
Tesaurus |
---|
| jaga (kata kerja) | Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;, | | Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga, |
|
|