Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak tahu dibungkuk (dibongkok) tidur.

Takrif

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telur mengatakan lepang tak pandai duduk.

Takrif

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Takrif

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar.

Takrif

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidung sudah rampung diatur orang.

Takrif

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.

Takrif

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Takrif

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.

Takrif

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Takrif

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
sedar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek,
Berantonim dengan tidur

3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung,
Berantonim dengan jahil

Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar,

Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
    tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.



Lihat selanjutnya...