Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu Parsi
Kata Takrif Sumber
asabatAr urat yg menyebabkan kita dapat merasa (melihat dll), saraf; perang ~ perang saraf (perang saling menggertak, saling menakuti); sakit ~ sakit saraf.Kamus Dewan Edisi Keempat
hati I1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluar­kan hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan gliko­gen): jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik perhatiannya selain drpd berita yg mende­barkan ~nya; 3. batin (tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~ yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~ bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur); ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan; jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut (bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar; makan ~ (berulam jantung) menderita ke­rana perbuatan orang lain yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menu­rutkan hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu; ~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ budi peribadi seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dsb: mereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing; ~ jantung a) jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kaudu hati yg jahat dan busuk dlm diri seseorang: tetapi, yg kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit; ~ kecil perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; ~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedi­kit sama-sama mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerja­kannya; sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh se­orang isteri yg ~ dgn dia; berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; ~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanu­siaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~ bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperike­manu­sia­an; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~ tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
hanyut1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belu­lang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebab­kan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa menge­lamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hak1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mem­punyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pen­dapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk men­dapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak mem­­batalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati se­suatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembali­kan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentu­kan hak atas.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat merasa