Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Yang ringan sama diangkat, Bila berat pikul sendiri; Orang penyegan suka menjilat, Makan kuat sebakul sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besarlah buah batang terap, Dipepak ringan di api layu; Besarlah tuah orang berkurap, Penat tangan kaki bergaru.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tanjung Darat Bukit Seringan, Tempat taman raja berjuntai; Harapku berat langit nan ringan, Mati kempunan lamun tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kata adat kata bermakna, Buat kajian nyatalah betul; Kita seadat sama sebangsa, Berat ringan sama dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia suku adatnya kukuh, Adat jangan dibawa cabul; Bila bersatu umat kan teguh, Berat ringan sama dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Asah parang tajam-tajam, Hendak menebang pokok berangan; Makanan sekarang bermacam-macam, Ada berat ada ringan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tabiat Melayu suka memberi, Dengan sahabat ataupun teman; Sepakat Melayu sama sehati, Beban berat menjadi ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau meniup seruling bambu, Badan yang penat terasa nyaman; Kalaulah hidup saling membantu, Beban yang berat terasa ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.



Lihat selanjutnya...