Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ringan mulut berat punggung.

Takrif

Malas meninggalkan tempat duduk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Takrif

Rajin dan giat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hati yang ringan meringankan beban yang berat.

Takrif

Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ringan tulang berat perut.

Takrif

Yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki. (lawannya: Berat tulang, ringan perut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berat sepikul, ringan sejinjing.

Takrif

Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ringan sama menjinjing, berat sama memikul.

Takrif

Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Takrif

Suka duka sama-sama ditanggung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.

Takrif

Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyandang lukah tiga.

Takrif

Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang galas tiga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menyandang galas tiga.

Takrif

Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyandang lukah tiga). galas tiga = tiga bungkus dagangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.



Lihat selanjutnya...