Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Terima kasih atas bantuan cepat yang telah pihak DBP berikan. 1. Bolehkah "lightweight" diterjemahkan kepada "paling ringan" atau "ringan" sahaja? Kalau "ringan" digunakan, maka kedua-duanya adalah sama. 2. Bolehkah "heavyweight" diterjemahkan kepada "paling berat" atau "berat" sahaja? Kalau "berat" digunakan, maka kedua-duanya adalah sama. Sila berikan pengesahan dan cadangan tuan/puan. Terima kasih. :)Salam Sejahtera Saudara. Bagi mengelakkan penggunaan yang lewah dalam bahasa Melayu, maka terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. "lightweight" - ringan. 2. "heavyweight" - berat.Penyemakan dan penterjemahan27.05.2015
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
Peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing@ ringan sama dijinjing berat sama dipikulPeribahasa yang betul ialah: "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kebiasaannya apabila sesuatu kerja atau amanah yang dipertanggungjawabkan, itu adalah satu tanggunjawab yang berat.  Sebab itu perkataan "Berat" itu didahulukan.Lain-lain10.08.2016
Selam, Saya ingan tahu maksud beza "ringan tulang" dengan "ringan tangan". Terima kasih

Simpulan Bahasa yang betul ialah ringan tulang yang bermaksud rajin bekerja.

Tatabahasa14.08.2018
definisi industri berat dan definisi industri ringanMerujuk istilah, industri berat ialah Industri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat. Industri ringan ialah Industri yang mengeluarkan barang-barang yang kecil dan ringan seperti pakaian, percetakan dan lain-lain.Istilah21.09.2008
Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah premix coffee yang dipadankan sebagai kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya.Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
maksud makanan ringanMerujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna03.10.2008
Pejabat Urusan Makanan RinganJawapan yang betul ialah "Pejabat Urusan dan Kedai Makanan Ringan"Ejaan03.05.2023
Bolehkah peribahasa ini diterima? Ringan sama dijinjing, berat sama dipikulPeribahasa yang diterima umum ialah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. walau bagaimanapun bila diterbalikkan ia masih membawa maksud yang sama. Lain-lain07.08.2018
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT UNTUK SEMAKAN PIHAK TUANKEDAI KEK & MAKANAN RINGAN = KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN.

Sila buat pembetulan dan hantar di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan bahasa papan iklan.
Tatabahasa10.01.2013
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.



Lihat selanjutnya...