Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan. | Dalam Kamus Dewan, perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan, garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat. Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.08.2016 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Yang manakah lebih betul? Titik-titik putus atau Titik putus-putus. Sambungkan ______________ supaya menjadi objek. Kemudian, namakan objek tersebut. Terima kasih. | Yang lebih tepat. Sambungkan titik-titik di atas (contoh) supaya menjadi objek. | Tatabahasa | 24.01.2017 |
Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." | Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." | Ejaan | 26.01.2012 |
Salam sejahtera Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "arus manusia"?Sekian, terima kasih. | Arus manusia boleh ditakrikan sebagai pergerakan manusia yang tidak putus-putus. Contohnya dalam ayat, Kamalia hilang dalam arus manusia yang ramai meninggalkan stadium. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
Apakah perbezaan antara menyambungkan dengan menyambung? | Menyambung membawa maksud: 1. menjadikan lebih panjang dengan tambahan (tali, perbualan, cerita, dan lain-lain), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dan lain-lain)2. menghubungkan sesuatu dengan yang lain (benda yang putus-putus dan lain-lain) 3. menghubungkan (telefon yang mendapat panggilan dengan sambungan-sambungan lain). Menyambungkan pula, 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan 2. menghubungkan sesuatu dengan yg lain (perkara yg putus-putus dll) 3. menggunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyambung untuk (orang lain). Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. Cuma makna tambahan bagi menyambungkan ialah, menyambung untuk orang lain. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
perkataan : terus menerus adakah ada - atau tidak. Terus-menerus atau terus menerus | Perkataan "terus-menerus" ada dalam bahasa Melayu yang bermaksud tidak berhenti-henti atau tidak putus-putus. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk maklumat lanjut. | Ejaan | 24.08.2009 |
Berikan makna untuk membezakan maksud perkataan berbondong-bondong dan berduyun-duyun. | Berbondong-bondong dan berduyun-duyun mempunyai makna yang sama iaitu (datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus. | Makna | 04.09.2006 |
Salam Aidil Fitri, Saya beberapa soalan lagi. 1) Perkataan manakala - tergolong dalam kategori atau jenis kata apa? - Adalah ia sejenis penanda wacana, menurut seorang kawan. 2. Tolong berikan contoh penggunaan yang tepat. | Manakala ialah kata hubung, contoh penggunaan ayat; Dia duduk di samping mayat ayahnya, manakala adiknya tidak putus-putus menangis. | Tatabahasa | 17.09.2010 |
Air dicencang tidak akan putus atau air dicincang tidak akan putus. Ejaan yg betul ialah cencang atau cincang atau kedua2nya betul? | Air dicencang tiada putus, untuk maklumat lanjut sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=air+dicencang&d=11. | Tatabahasa | 11.03.2015 |
dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang. tuan,putus akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); adakah ayat ini betul dari segi bahasa? TQ | Ayat 'Dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang.' adalah betul. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| putus (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat, Berantonim dengan bercantum
2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas, Berantonim dengan bermula
| Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan, |
|
Puisi |
---|
|
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.
Lihat selanjutnya... |
|