Kata |
Takrif |
Sumber |
penyudah | apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyudah | yg akhir sekali, penutup (percakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyudah | apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. | Kamus Pelajar |
sudah | penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. | Kamus Pelajar |
penutupan | perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungkitan | perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit: beliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penutup | 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungkit | ; menyungkit 1. mencungkil, mengungkit, mengumpil: pekerja itu ~ batang pokok yg tumbang; 2. menguis bola ke atas dgn pantas menggunakan kaki dlm bola sepak atau pemukul dlm hoki dsb: pemain itu ~ bola dr sebelah kanan pintu gol; sungkitan perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit: beliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudah | 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak dikatakan. 4 = sudahlah cukuplah; berhentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah setelah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi memberikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tamat | 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayatnya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana caranya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ijazah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; adakalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn memberhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
last post | n tiupan penyudah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
plush finishing | penyudah mewah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pemotongan tertentu yang kelihatan sama paras dan rata yang dapat dilihat secara minimum. Biasanya menimbulkan sifat mewah untuk menggambarkan penyudah seperti pada karpet. Karpet yang dihasilkan daripada yarn yang dipintal mengikut proses tanpa pemanasan. Perapian karpet dilakukan dengan cara menggunting dan memberus. |
finishing | penyudah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses akhir yang dilakukan bagi memastikan sesuatu pekerjaan kelihatan lebih kemas. Contohnya proses yang digunakan untuk menyiapkan hasil kerja seperti penamat kayu iaitu proses menghias atau melindungi permukaan kayu tersebut. |
sentences closure | penyudah ayat | Sains Kesihatan | Tiada | Perbuatan meminta seseorang untuk melengkapkan ayat. |
finishing sealant | kedap penyudah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahan kedap yang diletakkan pada bebibir untuk menghalang gegaran dan karat. |
finish artwork | kerja seni penyudah | - | Tiada | Bahan visual yang terdiri daripada gambar, lukisan, peta dan lain-lain yang akan direproduksi. |
coat | salut | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan penyudah seperti cat, lepa, mortar dan sebagainya yang digunakan pada dinding atau lantai. |
clear finish | kemasan lut | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan penyudah atau cat yang lut sinar, yang digunakan pada permukaan perabot kayu atau logam. Kemasan ini dikenali juga sebagai kemasan cerang. |
matt finish | kemasan kusam | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan penyudah atau cat yang pusam, yang digunakan pada permukaan perabot kayu atau logam. Kemasan ini dikenali juga sebagai kemasan kusam. |
glossy finish | kemasan licau | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan penyudah atau cat yang licau, yang digunakan pada permukaan perabot kayu atau logam. Kemasan ini dikenali juga sebagai kemasan berkilat. |
cornice | birai hias | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kumai melintang yang digunakan sebagai penyudah hujung atas dinding atau entablatur. Kumai ini diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebagainya. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tikiu, ikiu | ekor; ~ belakeh ekor belangkas: a) bayonet yg rupanya spt ekor belangkas, b) cucuk sanggul yg rupanya spt ekor cicak; buok ~ belipeh (buok lubeang tekuwek tekeng) rambut ekor cicak; ~ kapuong (kapuong penyudah abak) ekor kampung; ~ mata (mata dawek) ekor | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
penyudah | [pe.nyu.dah] | ڤڽوده |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
Puisi |
---|
|
Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.
Lihat selanjutnya... |
|