Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pusing gasing tangan kidal, Tali pendek putus sejengkal; Kalau untung bercampur modal, Itu tanda berniaga tak kekal.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil parang cuba dikerat, Ekornya pendek putus sekerat; Harimau garang dapat dijerat, Mulut ternganga dihurung lalat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukit tinggi ditanam keledek, Pucuk diketong isi digali; Buah tinggi pengaitnya pendek, Barulah terguna di umban tali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Silak ke Tanjung Tabung, Air hitam berulang mandi; Panjang dikerat pendek disambung, Si hitam manis tinggal ke mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jarum panjang kerat nangka, Betik masak tepi penanggah; Jangan tuan syak wasangka, Keris pendek seorang sebilah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek.
1
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.



Lihat selanjutnya...