Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pendek dihubung, panjang dikerat.

Takrif

Dapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.

Takrif

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.

Takrif

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai.

Takrif

Keinginan terlalu amat, tetapi tidak ada daya upaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti sumpit abu ditegakkan.

Takrif

Orang gemuk, pendek dan lembam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Senteng dibilai, singkat diulas.

Takrif

Yang kurang ditambah, yang pendek disambung. bilai = ulas, sambung; diulas = disambung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Si cebol hendak mencapai bulan (= bintang).

Takrif

Menginginkan sesuatu yang mustahil tercapai. Si cebol = orang pendek.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Takrif

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.



Lihat selanjutnya...