Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Yang hendak biarlah pendek, Untung pendek kain tak dalam; Orang pesek biarlah pesek, Hidung pesek penciuman tajam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbung betung di tepi tasik, Kalau tasik banyak buntalnya; Sungguh untung berlaki pendek, Walau pendek banyak akalnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Baju pendek pakaian serani, Kaki lima tempat bersembang; Sungguh pelik di hati kami, Lelaki sekarang berambut panjang.Pantun Melayu SarawakBerkait
Pisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Galah pendek penjolok terung, Masak sebiji dimakan tupai; Awaklah pendek gemuk gedempung, Hendak berbini tinggi semampai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Suluh buntung si kaki pendek, Tempat menaruh buah pedada; Sungguh beruntung berlaki pendek, Dapat menyorok di celah dada.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayangnya pedang bergagang pendek, Hendak mencencang tiada berguna; Kupandang abang berhidung pesek, Hendak mencium sesaklah nyawa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak buaya berkaki pendek, Bila berenang suka menyelam; Awaklah tua berbini cantik, Disapa orang muka pun masam. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang disebut berseluar sampak, Celananya pendek tidak berbaju; Orang tak takut berbuat bengak, Di rumah baik di luar menghantu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.



Lihat selanjutnya...