Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Payah umpama memelihara diri dalam sarang lebah.

Takrif

Menghadapi musuh yang banyak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak payah basuh kaki tangan.

Takrif

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mudah luka payah sembuhnya.

Takrif

Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti keris yang tak payah diasami lagi.

Takrif

Sudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya.

Takrif

Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya. ruyung = batang pohon enau.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut.

Takrif

Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lampu kekurangan minyak.

Takrif

Dalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar.

Takrif

Seseorang yang memperoleh sesuatu yang disukainya maka sukarlah hendak dilepaskannya. (Bandingkan dengan: Tebu masuk di mulut gajah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada sampan hendak berenang.

Takrif

Sengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang.

Takrif

Kesukaran berdagang ke negeri asing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.



Lihat selanjutnya...