Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SEPANYOL

Sepanyol, negara yang terletak di Eropah Barat

terkenal dengan perlawanan lembunya yang

meriah, cuacanya yang cerah, dan cerita istana

kotanya yang menarik. Sepanyol merupakan salah

sebuah negara yang paling mundur di Eropah

Barat sehinggalah pertengahan tahun 1900-an.

Kebanyakan penduduknya terdiri daripada

peladang miskin. Seterusnya, menjelang tahun

1950-an dan 1960-an, pertumbuhan ekonomi yang

pesat telah menukarkan Sepanyol menjadi sebuah

negara perindustrian.

UMUM
MYRDAL, GUNNAR

Myrdal, Gunnar (18981987) ialah ahli sosiologi

dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui

kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya,

An American Dilemma: The Negro Problem and

Modern Democracy (1944) dianggap sebagai

kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di

Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang

pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara

mundur telah menghasilkan penulisan berjudul

Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of

Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca

terlalu ramai penduduk miskin di bahagian

selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan.

UMUM
DURBAR

DURBAR, majlis yang diperkenalkan  oleh British di Tanah Melayu melalui penubuhan Perlembagaan Persekutuan 1896. Pada asasnya, majlis Durbar dicadangkan bagi membolehkan raja-raja Melayu dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menyertai Persekutuan 1896 itu bertemu setiap tahun untuk membincangkan kepentingan bersama. Bersesuaian dengan konsep Persekutuan, negeri yang maju diharap dapat menolong negeri yang mundur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
JAKUN

JAKUN,  suku kaum Orang Asli. Masyarakat ini digolongkan dalam rumpun bangsa Melayu Asli atau Melayu proto.  Perkataan jakun merupakan satu konsep budaya yang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk masyarakat ini.  Pada asalnya, konsep jakun digunakan untuk merujuk semua kaum Melayu Asli. Konsep jakun merupakan gabungan dua perkataan iaitu jah atau jak yang bermaksud orang, dan kun bermaksud liar, mundur dan seumpamanya.  Konsep jakun ini kurang disenangi kerana mengandungi pengertian dan konotasi yang negatif.  Orang Jakun turut dikenal dengan panggilan lain seperti Orang Hulu, Orang Darat, Orang Dusun dan Orang Dalam.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
1
Tesaurus
 
mundur (adjektif)
1. Bersinonim dengan merosot: meleset, menjunam, jatuh, turun, susut, surut, berkurangan,
Berantonim dengan maju

2. Bersinonim dengan terkebelakang: tertinggal, tidak maju, kolot, konservatif, kuno, merosot, meleset, miskin,
Berantonim dengan maju

Kata Terbitan : memundurkan, kemunduran,